July 16, 2010

TRANSFORMASI : SEBUAH MUJAHADAH


Biar sejauh mana susah
….sesekali tidak akan menyerah….

Malu untuk mengaku kejahilan
Tak tahu tapi berlagak pemenang
Mentanglah ada yang menongkah
Melayu dari layu dan rebah
Kita sukar untuk berubah….

Kita miliki agama yang menyuruh kearah keharmonian
Namun mengapa tercipta persengketaan????
Tuhan tidak pernah mengajak kepada kemungkaran
Dan jenayah tetap berlaku membawa berjuta masalah
Kerana kita masih sukar untuk berubah
Biar berkali layu dan rebah
Sudah jemu dan mengeluh yang menongkah
Kita masih berlagak sang pemenang
Terusan bersama kejahilan…

Ada
yang fikir
Dialah yang terbaik
Hingga yang lain dipandang rendah, lembik….jijik….
Mulalah mereka menindas, mengarah…dan mencebik…
Jikapun lemah…mengapa tidak didakwah secara berhikmah
Membelai dengan teguran yang molek….bukannya lempiaskan sindir
Mengguris hati…..berdarah…bernanah…
Dan tercetus persengketaan
Mana hilang agama yang mengajar keharmonian????
Ingat….!!!
Tuhan tidak pernah mengajak berbuat jahat
Salah diri sendiri yang tidak memahami
Sebuah mujahadah untuk berubah….

Ada yang berkata aku tak layak
Ilmu yang aku kandung tak banyak
Keyakinan terbina tak kuat
Aku tak mahu berlagak
Biarlah dia yang hebat yang berbuat
Dan pinggirkan aku kebelakang terhenyak…
Siapa cakap engkau tiada hak????
Ilmu yang sikit ayuh kita kumpul melangit
Pembinaan keyakinan masih sempat diterap
Supaya kita bersama memimpin
Kerana kita semua adalah khalifah
Yang punya tanggungjawab dan amanah
Untuk mentadbir….

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (pemimpin ) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ <>

Segalanya mudah
Mujahadah...
Itulah yang perlu ditelaah
Untuk berubah...

Biarkan aku nafsi-nafsi
Dan engkau dengan caramu tersendiri
Bukankah tiap orang punya matlamat berlainan
Mengapa perlu kita bergerak berkumpulan???
Aku tak layak ada disamping
Lemah….jijik…lembik….
…..engkau mencebik…

Jika benar engkau terbaik
Aku yang tertindas tetap punyai maruah
Aku yang rendah angkat aku naik ke atas
Kerana kita satu bangsa
Kerana kita satu Malaysia
Kerana kita sama manusia
Kerana kita satu agama…bersaudara…

“ Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. “


Abu Hamzah, Anas bin Malik ra. Menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak sempurna iman seseorang diantara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (h.r Bukhari dan Muslim)


Rentak kita mungkin berbeza
Namun yang pasti….
Kita melangkah ke destinasi yang sama
Jangan biar aku keseorangan sepi
Usah engkau menjauh pergi
Tautkan hati…
Ayuh teman-teman…
Kita anjakkan paradigma ke puncak yang teratas
Jika ada kekurangan….kita kongsikan
Jika ada silap…kita nasihat
Jika ada kelemahan….sama bergandingan..
Untuk berubah…perlukan mujahadah
Dan mujahadah bukan perkara mudah
Jika aku satu…engkau dua….dan dia tiga…
Kita semua….satu Jemaah…
Kekurangan kita tambah, kesilapan mohon maaf, kelemahan kita perbaikkan…

Aku menulis bukan kerana aku sempurna…
……..Aku mencari kesempurnaan
Aku menulis bukan kerana menempa nama…
Aku menagih ketenangan sebuah keredhaan
….Tuhan…..



nukilan, seorg hamba Allah yg tidak ku kenali, tp bait kata2nya mnyentuh hati..


Ya Allah, berikn ku kekuatan..


wallahualam..




perinGATAn buat DIRI..


setiap org punyai personaliti yg berbeza bukn?


ade yg tegas, lembut, open minded..kelam kabut, cool n steady..
ade jg yg punyai iltizam tinggi dn sgt berMOTIVASI..

sy suka pd org yg bermotivasi.
kerna..bg sy org yg brmotivasi ni akn sentiasa nmpk positif..dlm setiap perlakuan dn percakapannya..
baguskn?

bukn mudh utk mnjd seseorg yg selalu bermotivasi, dia pasti selalu bersemangat + tak mudah menyerah kalah, ceria n mampu jg gembirakn org lain..
dia juga punya target utk diri sendiri..
pandai mndisplinkan diri dn dpt beri contoh yg terbaik...

di sini..sy nk kongsi sesuatu..
sesuatu yg amat tersentuh di hati ini..
yg sy dapati pd seorg HAMBA ALLAH yg mletakkan peringatan pd diri..peringatan yg dpt mendekatkannya pd Illahi..jg mampu mngubah dirinya sendiri spy mnjadi hambaNYA yg sejati.

MOGA..peringatan buat diri ini..mnjadi peringatn utk kita bersama..;)

Peringatan Buat Diriku


Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.


Ketiga: Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman


Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.


Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT


Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati


Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.


insyaAllah, moga Allah memberi kemudahan utk kita semua berbuat krnNya..

oklah..smpai d sini dulu.

slm perjuangan buat semua=)!





July 06, 2010

sahabatKU si ABC

nikmatnya BILA bersahabat dn mndapat seorang sahabat yg begitu mngambil berat akan diri kita..

iya..jrg kita dgr seseorg yg tidak punyai shbt..mhupn kawn.walau apepon yg dpanggil dn walau skejap je dikenal..pn ia adalah shbt kita..

hargailah sebuah persahabatan kerna seorg shbt mampu beri kekuatan, brshbtlah krn Allah...krn dgn itu kita kn peroleh barakahnya...

aku punya sahabat,
ku pandang dia,
hatiku tertawa ria...
ku senyum pdnya...
buat jiwa rasa bahagia..
kaulah sahabtku tercinta!

aku punya sahabat,
ku pandang msm mencuka,
ku tanya diri ape yg dh kubuat kpdnya,
rasa xsedap mnerpa2..
Ya Allah, berilah ptunjuk pd hamba..

britahu pdnya ak syg dia..
bukan krn hrta benda..
krn dialah bunga..

mngertilah sahabat..
persahabatn kita,
tiada galang ganti..
biar apa yg trjadi..
persahabatn tetap utuh bersemi...

wahai Sahabat yg Sejati..
Anugerah sang Ilahi..
Selalu ada dalam hati..
Dibawa sampai mati....

..insyaAllah

semOga persabatan ini kekal abadi ^-^
luv u!

S = seperti
A = air
H = hanya
A = Allah
B = build
A = aku & kamu
T = till noW.....('',)

June 16, 2010

KuranGKAN GULA dlm minuman, TAMBAHkan Manis DLM SENYuman ^_^



Bismillahirrahmannirrahim..

Selawat dan salam ats junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Sekarang giat kempen2 di televisyen mengingatkan masyarakat di Malaysia khususnya utk mngurangkan pengambilan gula dlm minuman atau masakan. Gula ini jika diambil berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit yg mrbahaya cthnya: Diabetes, kencing manis, sakit gigi, kegemukan dn sewaktu dgnnya...


nk katanya..xelok mkn/minum trlalu manis..mgkn effectnya xnmpk sekarang...tp akn dtg mne tahu kn? Seeloknya kita mencegah dr sekarang..
amaklkn byk minum air putih/ air mineral drpd mngambil minuman berkarbonat di dlm tin yg mngandungi paras gula yg sgt tinggi..

juga kpd sesiapa yg kurg beraktiviti..seeloknya jg ambil nasi/ mkn nasi 1 kali sehari..wktu lunch misalnya..dn wktu mkn mlm pula boleh dgnti dgn mee/ slaen mknnan brupa nasi kerna nasi ni mngandungi kanji yg jika tidak digunakn akn beri effect laen yg kurang sihat...

kn lebih baik jika kita menambahkan gula dlm senyuman....ha? senyum boleh tmbh gula ke?..

xdelah, mksudnya ialah... kita maniskn senyuman kitalah..kn lebih sweet.


Senyuman membawa kebahagiaan kpd sesiapa yg melihatnya,
dgn senyuman juga..boleh mnybbkn api mnjadi malap..yg marah mnjd serba salah..yg gaduh mnjadi teguh...yg berkasih lg utuh kasihnya...

wah! kuat betul penangan senyuman bukan?
kan lebih bagus andai ianya diberi seikhlas hati..
mest hati penerimanya berbunga2 hepi..hee

lg2 lah..jika senyuman itu memang dinanti..huhu

susah ke untuk senyum?
senyum ini mampu mengerakkan pelbagai urat saraf di muka kita...
jg mnjd petua utk kekal muda dn nampak lebih muda..haha,

xpercaya?
tgk saje artis2 di Malaysia..kerna wajah mereka sering terpapar di Televisyen elok jg dijdkn cth...
mm misalnya..Aznil Hj Nawawi..suka n snyum sokmo kn? wlaupn dh agk berumur nmun nmpk muda.
mm sape ye..ha..Siti Nurhaliza...mmg manis sokmo..comey sungguh..
itulah antr bbrp org yg boleh djdkn cth artis...skdr menulis yg tlintas d mnda..

sebenarnya ramai je..
mgkn anda yg sedang membaca ini juga..seorg yg manis orgnya kn?
suka senyum....teruskn ya (^_~)

xslh utk senyum..
senyum kn sedekah....
dn dgn sennyuman yg kita beri, dpt mnybbkn seseorg yg gundah dgn masalah mampu jua tersenyum, kn alangkah baiknya..

Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu kesempatan pernah bersabda,”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”. (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)

Alangkah mudahnya, hanya dgn mengerakkan wajah kita tanpa suara boleh mnjadi suatu ibadah...indahnya Islam!

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya,”Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebuh banyak tersenyum daripada Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam “. (Riwayat At-Tirmidzi)

Dalam sebuah riwayat disebutkan pula, ”Belum pernah aku menemukan orang yang paling banyak tersenyum seperti halnya Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam “. (Riwayat At-Tirmidzi)

Rasullullah merupakan contoh tauladan yg paling baik diikuti..Baginda jg paling baik akhlaknya dan suka senyum..
Namun Rasullullah tersenyum pd tempatnya..

Bila peraturan-peraturan Allah dilanggar, wajah beliau akan memerah krn marah. ‘Aisyah Radliyallahu’anha menuturkan kepada kita, yang artinya, “Pada suatau ketika, Rasulullah baru kembali dari sebuah lawatan. Sebelumnya ku telah menirai pintu rumahku dengan korden tipis yang bergambar. Ketika melihat gambar tersebut Rasulullah langsung merobeknya hingga berubah rona wajah beliau seraya berkata, “Wahai ‘Aisyah! sesungguhnya orang yang paling keras siksanya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang-orang yang meniru ciptaan Allah”. (Muttafaq ‘Alaih)
Oleh itu, senyumlah...contohilah Rasulullah s.a.w..sentiasa murah dengan senyuman, bahkan pada orang yang menyakiti dan perilaku menjengkelkan..

SENYUM SEINDAH SURIA=)
YANG MEMBAWA CAHYA...
SENYUMLAH DARI HATI..
DUNIA MU BERSERI....

Wallualam..salam ^_~

June 13, 2010

Mata siapa yang TAK PERNAH MENANGIS (`_`)

















Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak
kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan

seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang..


Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh mendengar ayat Allah.
Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.
Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.

Hidup bersilih ganti antara senyuman dan tangisan. Andai tangisan itu meluah bicara, menangislah. Andai senyuman itu penawar, tersenyumlah agar luka itu terubat. (",)


June 10, 2010

airCOND or airFRESH?

Assalamualaikum...alhmdulillah..
Allah msih beri ksihatan yg baik utk kita....
jika dbndingkn dgn org lain, yg Allah duga mereka dgn kesakitan..
tp sbenarnya..itu jua adalh spy kita lebih dekat dn lebih mengingatiNya....
mest ade hikmah di sebaliknya kn?..insyaAllah...

Oleh itu..utk perkongsian kali ini, ana dpt dr blog seseorg...perkongsian ilmu itu bguskn? hee..dn kali ni kte kongsi cket psl kereta...ha...mest rmai yg xthu..n mesti nk tahu..ye x?...ok kalau mcm tu...ape kate teruskn bace artikel dibwh..

semoga dpt manfaat dn kongsilah dgn yg lain jg..insyaAllah..


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan....dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut daripada badan. ianya akan berkumpul di dalam organ-organ penting badan manusia dan akan mengakibatkan kanser.

take care=)

June 08, 2010

Cahaya muka Nabi s.a.w

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :

"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya,dia tidak mengucap selawat ke atasku."


Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang

itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari,nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula.Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad,Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak- anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara.Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara

keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,

sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu

(surah Al-Baqarah ayat : 208)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...