January 24, 2012

Allah sentiasa beri kasih sayangNya...


Kadang - kadang kita merasakan kita bersendirian di dunia ini..
bila tiada yang ambil berat, tiada yang menyayangi..


lagi2 yg disygi dan diambil berat oleh manusia..
Mulalah merasa sedih..dan murung sepanjang hari mengenangkan nasib diri.

sEbenarnya...jika kita betul2 merasai kewujudan Allah s.w.t, pencipta kita yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..

Dia tak pernah jauh daripada kita..

Cuma kita jarang mengargai dan merasainya..

Allah sentiasa memberikan kasih sayangnya kepada kita, tanpa henti...


Jika kita menghargainya dan menghayatinya..nescaya kita tak akan rasa keseorangan dalam dunia ini......



December 08, 2011

"Penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah"

Sebenarnya, ramai di luar sana yang masih keliru dengan penggunaan ayat2 ini..
kadang2 menggunakannya pd tempat yg salah..

ini mungkin krn, dia mndgr dan melihat org lain yg turut mnggunakan ayat2 ini..
tp org itu jg sbnrnya menggunakannya pd tmpt yg tidak betul..

jd, apa kata kita sendiri mengenali apa maksud ayat ini yg sebenarnya..
supaya kita tidak mnjadi org yg terikut2 mmbuta tuli....dan spy kte dpt betul2 menggunakannya dengan tepat sekali..

ayuh...berkenalan;)

» MasyaAllah – Allah Maha Agung
» Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
» SubhanAllah – Maha Suci Allah
» Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah

Oleh itu, penggunaan "MasyaAllah" pada situasi yang tidak elok adala salah. Kita seharusnya melafazkan “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.


Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”.


Jadi, apa tunggu lagi..jom kita praktikkan bersama-sama=)!


December 06, 2011

disebalik kemeriahan..

sejak kebelakangan ni..
byk majlis - majlis kawin yg kena hadiri..

bile mane dh dijemput, jika tiada keuzuran, kita harus penuhi undangan itu dgn sebaiknya..

ada yg tempah katering je..dan ada yg buat msk secara gotong royong..ramai2 msk..huhu, mmg best..

namun, d sebalik kemeriahan org mngerjakan kerja kawin..rupanye org2 d sebalik tabir ni rupanya ada yg dilanda demam akibat trlalu penat bekerja..yelah, krja kawin brderet..
kalau kt satu taman, 2, 3 rumah buat knduri gotong royong..masing2 perlukn prtolongan, jd..kita harus tolong semampunya..

mane tahu, bila tiba turn kita pula prlukan prtolongan...mrk pula akn tolg kita..
hehe..

semoga Allah mmberkati segala bantuan yg dihulurkan kpd jiran2 dan shbt handainya shingga trpaksa mngorbankn diri utk berehat..

DEMAM..

merupakan satu ujian buat kita..
selalunya..bila ditimpa kesakitan/kesusahan, barulah kita teringat kt Allah..

barulah ingat nikmat time sihat/senang dulu..

"kalaulah aku tak demam, kn boleh buat ini dan ini..bla3.."
" bestnye mknan tu!, tp xde selera la nk mkn..sbb demam..huhu"
" aduh, demam plak...xlaratnya.."

hai, mcm2 la bila da demam tu..

tp ingatlah..tu baru sedikit ujian yg Allah timpakan pd kita..

"Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi". (HR. Muslim no. 2575).

ada org yang lebih hebat dugaan dan ujian yg ditimpakan kepadanya..
jd, kita harus bersyukur krn Allah timpakan ujian krn sygkn kita..agr selalu dekat pdNya..

jd..

kt cni nak kongsi sikit..

apa doa yg kita boleh ucap pd shbt kita yg ditimpa kesakitan..


"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"
"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."


pasni, kalau ada shbt yg sakit, bolehla kita ucap syafallah - utk lelaki, dan syafakillah - utk permpuan...


ok..sampai cni dulu..

assalamualaikum=)

November 07, 2011

Kedua: Orang Yang Mengenal Allah Mencurigai Dirinya Sendiri

Baiklah..sambungan post yg haritu..moga dpt dimanfaatkan bersama=)


Kedua; Orang Yang Mengenal Allah Mencurigai Dirinya Sendiri

Ibnu Abi Mulaikah -salah seorang tabi’in- berkata, “Aku telah bertemu dengan tiga puluhan orang Shahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, sedangkan mereka semua merasa sangat takut kalau-kalau dirinya tertimpa kemunafikan.” (HR. Bukhari secara mu’allaq).

Suatu ketika, ada seseorang yang berkata kepada asy-Sya’bi, “Wahai sang alim/ahli ilmu.” Maka beliau menjawab, “Kami ini bukan ulama. Sebenarnya orang yang alim itu adalah orang yang senantiasa merasa takut kepada Allah.” (dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir [5/98])

Ketiga; Orang Yang Mengenal Allah Mengawasi Gerak-Gerik Hatinya

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “..Begitu pula hati yang telah disibukkan dengan kecintaan kepada selain Allah, keinginan terhadapnya, rindu dan merasa tentram dengannya, maka tidak akan mungkin baginya untuk disibukkan dengan kecintaan kepada Allah, keinginan, rasa cinta dan kerinduan untuk bertemu dengan-Nya kecuali dengan mengosongkan hati tersebut dari ketergantungan terhadap selain-Nya. Lisan juga tidak akan mungkin digerakkan untuk mengingat-Nya dan anggota badan pun tidak akan bisa tunduk berkhidmat kepada-Nya kecuali apabila ia dibersihkan dari mengingat dan berkhidmat kepada selain-Nya. Apabila hati telah terpenuhi dengan kesibukan dengan makhluk atau ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat maka tidak akan tersisa lagi padanya ruang untuk menyibukkan diri dengan Allah serta mengenal nama-nama, sifat-sifat dan hukum-hukum-Nya…” (al-Fawa’id, hal. 31-32)


hmm..baGaimana pula dgn kita?..fikir2kanlah...

assalamualaikum..


Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi

Artikel www.muslim.or.id

November 01, 2011

Pentingnya mengenal Allah

Adakah kita benar - benar mengenal Allah?

Adakah wujudnya perasaan takut yg mendalam dlm diri dgn mengenal dan mengetahui kekuasaan Allah?

Adakah kita mencintai Allah? dengan sambil tawadhuk melaksanakan perintahNya..patuhi suruhanNya dan jauhi laranganNya?

Allah Maha Agung,
Allah Maha Besar..

Segala puji hanya bagi Allah..


Apakah keadaannya jika kita benar2 mengenal Allah?

Pertama:

Orang Yang Mengenal Allah Merasa Takut Kepada-Nya

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya yang merasa takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu saja.” (QS. Fathir: 28)

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “…Ibnu Mas’ud pernah mengatakan, ‘Cukuplah rasa takut kepada Allah sebagai bukti keilmuan.’ Kurangnya rasa takut kepada Allah itu muncul akibat kurangnya pengenalan/ma’rifah yang dimiliki seorang hamba kepada-Nya. Oleh sebab itu, orang yang paling mengenal Allah ialah yang paling takut kepada Allah di antara mereka. Barangsiapa yang mengenal Allah, niscaya akan menebal rasa malu kepada-Nya, semakin dalam rasa takut kepada-Nya, dan semakin kuat cinta kepada-Nya. Semakin pengenalan itu bertambah, maka semakin bertambah pula rasa malu, takut dan cinta tersebut….” (Thariq al-Hijratain, dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir [5/97])

Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi

Artikel www.muslim.or.id

bila dah lama tak bukak blog..

Assalamualaikum..w.b.t...semoga sahabat2 semuanya sihat hendaknya..

nampaknya dah terlalu lama sy membiarkan blog ini terkubur..tanpa pesan, tanpa perkongsian..


aduh..
maafkan sy ya semua..

mmg niat d hati mahu mencoret jua brg sepatah dua kata, tp..apakan daya

tak kesampaian..

alhamdulillah..dpt jg harini utk mencoret sesuatu..

mOga mnjd perkongsian utk semua..=)




September 11, 2011

Tips Kuatkan daya Ingatan

Salam..perkongsian ini untuk adik aku..amir..

moga perkongsian ini membantu ya..

insyaAllah..
all da best=)!!

diambi drpd blog:
http://abangraja.blogspot.com/2011/05/tips-kuatkan-daya-ingatan-puasa-membaca.html

Terdapat banyak cara untuk menguatkan daya ingatan kita.

Cara yang paling bagus dan menjadi amalan abangraja ialah amalan membaca Al-Quran (bagi yang beragama Islam), berpuasa dan bersugi. Abangraja yakin adik-adik pasti bersetuju dengan pendapat abangraja kerana tips ini abangraja ambil dari kata-kata khalifah terakhir Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin, Saidina Ali Bin Abu Talib r.a., “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”

Bersugi; zaman nabi-nabi dulu bersugi dengan menggunakan kayu siwak terutamanya kayu zaitun kerana baunya harum dan dapat menghilang penyakit gigi. Sekarang dah ada kemudahan berus gigi yang bermacam-macam jenis dan ubat gigi yang bermacam-macam perisa. Yang penting pilih yang HALAL ye. Takkanlah tak gosok gigi walaupun sekali dalam sehari kan? Apa kata kalau amalkan bersugi setiap kali sebelum solat, lagi bagus~. Banyak sebenarnya kelebihan bersugi;

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

2) Dapat menajamkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.


Berpuasa; selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, apa kata kita amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Sekiranya abangraja tidak mempunyai program pada hari Isnin dan Khamis, abangraja akan usahakan juga untuk berpuasa sunat. Bukan setakat abangraja yang puasa, staff abangraja pun ikut berpuasa. :)


Definisi puasa pula bukannya terhad kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja. "Asal sebut puasa je, tak makan tak minum kira ok lah". Bukan macam tu. Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Bukan setakat itu sahaja, kita juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.Penglihatan dan pendengaran kita juga hendaklah dijagadaripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilihat dan didengar. Faham?? Dah tahu cerita-cerita omputih ada yang pakai singkat-singkat, buat apa tengok. Cerita hindustan guling-guling turun bukit nyanyi pakai sari, tak ke kurus puasa kita kalau tengok. Jadi, tukarlah channel. Tengok Jejak Rasul ke, or Astro Oasis, lagi bagus! Dengar ayat-ayat Al-Quran pun lagi better dari dengar lagu ayat-ayat Cinta. :)

Membaca Al-Quran; Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Al-Quran adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaranbagi semua umat manusia di dunia ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)


Jadi, carilah kesempatan untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Kalau boleh, amalkan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib. Awal-awal memang susah nak jadikan amalan, tetapi bila dah jadi amalan, sehari tak baca Al-Quran, rasa serba tak kena. Dan baca sekali dengan tafsirnya sekali ye. Baru faham apa yang dibaca dan meresap ke dalam jiwa. Jom jadikannya sebagai amalan bermula dari sekarang :)

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran."


Dan, amalkan juga membaca ayat-ayat di bawah di waktu pagi dan petang, yang tanpa kita sedari kebanyakannya merupakan ayat-ayat hafazan pelajar Sekolah Menengah dan juga terdapat dalam Al-Mathurat. Perasan tak?


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.


Jadi, amalkan dahulu tips dan ayat-ayat di atas. Tapi perbetulkan niat kerana Allah s.w.t. ye, bukannya untuk ganjaran pahala semata-mata. Abangraja akan kongsikan lagi tips-tips lain selepas ini. Abangraja perlu pecut ke Kuala Terengganu. Esok ada program di salah sebuah sekolah di sana. Jumpa lagi. :)


------perkongsian lain nnt akak tambah ag..salam!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...