March 24, 2010

BuANG bayi...dIMANAkah letaknya PERikemanusiaan??



Saban hari, kes buang bayi semakin mengambil tempat di dada2 suratkhabar..gejala ini memang sudah tidak bernoktah lagi.Masyarakat pula semakin jelek dan marah dengan sikap dan perlakuan buruk syaitan bertopengkan manusia ini.. dimana letaknya perikemanusiaan? dimana letaknya perasaan belas ihsan? adakah bayi itu minta dilahirkan? kenapa tegar diperlakukan anak2 kecil yang tidak bersalah itu seteruk itu??..

Ya Allah, jauhkan kami dari perlakuan itu..Nauzubillah.
Masyarakat pula sudah membuka mata. Semua orang harus memainkan peranan untuk membanteras gejala ni. Isu buang bayi, dera anak, bunuh anak..satu perkara yang tidak relevan jika dibandingkan dengan manusia sekarang yang semakin maju dari segi teknologi dan cara berfikir namun maih cetek utk membezakan yang betul dan yang salah. Bagaimana cara penyelesaian yang seharusnya dilakukan? kita harus membanteras dar akar umbi.. terjadinya kes buang bayi, terjadinya anak luar nikah adalah disebabkan pergaulan yg sgt bebas antara lelaki dan perempuan yang masing2 tiada malunya lagi. Dalam konteks ini, perintah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran oleh Nabi Muhammad saw wajar direalisasikan. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Demi diriku yg berda dalam genggamannya, hendaklah kamu menyeru kepada kebaikan dan hendaklah kamu mencegah daripada kemungkaran atau boleh sahaja Allah SWT menurunkan hukuman, kemudian kamu memohon pertolonganNya..dan kamu tidak ditolong,"
(Hadis riwayat Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah) Tanggungjawab ini tidak sepatutnya dibebankan hanya kepada golongan tertentu spt ustaz, imam dan penguatkuasa agama shj. Segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu membanteras kegiatan tidak bermoral yang berlaku di sekeliling mereka. Ia merupakn kewajipan yang harus dilaksanakan oleh semua pihak tanpa mengira tempat dan masa. Nabi Muhammad saw bersabda:
"Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya sendiri, jika tidak mampu hendaklah dicegah dengan lidahnya dan jika tidak mampu hendaklah dengan hati sekalpun itu adalah selemah - lemah iman".
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Oleh itu, marilah kita sama2 banteras perkara ini. Permulaanya, kita harus tekad pada diri kita sendiri dulu untuk jauh drpd benda2 yg boleh membawa kita kepada gejala ini iaitu pergaulan bebas, mendekati parti2 hiburan, bermain cinta dgn lelaki yg hanya utk penuhi nafsu semata, dan jgn terlalu percaya dgn apa yg ada di sekeliling kita..,
KATA KUNCINYA JAUHI SEGALA MAKSIAT, DAn DEKATI ALLAH! TINGKATKAN IMAN DLM DIRI..MOGA ALLAH LINDUNGI KITA, KELUARGA KITA DAN SAHABAT KITA DARI INI SEMUA..AMin.

ibu..ibu..
engkaulah..ratu hatiku..
bila..ku dewasa, engkau hiburkan selalu..
ibu...ibu..
engkaulah ratu hatiku..=)



March 15, 2010

KESIHATAN: AiR saNgaT peNTinG!!


Kita sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.

Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.

Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.
Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Perlu Diganti Segera

Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air).

Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.

Dahaga Bila Kurang Air

Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius.

Bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit, kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi menjejaskan penumpuan, tindak balas dan pertimbangan mereka.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat.

Tanda dan Kesan Kekurangan Air

Antara tanda kekurangan air termasuk: * Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif * Terlalu dahaga * Mulut kering * Mengantuk * Air kencing sedikit dan pekat * Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis * Lemah otot * Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah: * Kurang berpeluh * Mata cengkung * Tekanan darah rendah * Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal) * Denyutan jantung menjadi cepat * Demam * Meracau * Pengsan
Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.

Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.

Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.

Oleh itu, jangan abaikan pengambilan air dlm khidupan sharian k!

" Mukmin yg kuat lebih dicintai oleh Allah drpd mukmin yang lemah"

March 05, 2010

~** Wanita Acuan Al - Quran **~


Wanita Acuan Al-Quran

Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh
YangBersifat Jembalang


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat



Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullahYang
Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya


Wanita Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan


Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...