August 29, 2009

berkenaan kes kartika..

slm..sekadar ingin berkongsi sedikit pmbacan yg diperoleh dr seorg shbt berkaitan dgn kes kartika, seorang Islam namun dtngkap krn meminum arak di khlayak ramai..

boleh view kt bwh,

Saya tertarik dengan isu “sebat” yang melibatkan seorang wanita Islam yang telah dijatuhi hukuman sebat enam kali oleh mahkamah Syariah salah sebuah negeri di semenanjung tanah air kerana disabitkan kesalahan minum arak.

Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 telah dijatuhkan hukuman denda RM 5000 dan 6 kali sebatan oleh mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah tertuduh mengaku bersalah (sabit secara IQROR,alternatif dua saksi lelaki) meminum minuman keras itu di salah sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2009.Kartika adalah seorang model sambilan.

WANITA PERTAMA

Istilah wanita pertama biasanya membabitkan seorang isteri pemimpin utama negara.Namun,dalam isu KARTIKA ini,beliau adalah wanita pertama yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah hukuman sebat.Sudah tentu kes beliau akan menjadi kes rujukan selepas ini apabila membabitkan wanita dalam kes seumpama ini.

Berani sungguh wanita ini dan beliau sanggup untuk menerima hukuman berkenaan.Walaupun ada pihak meminta supaya wanita ini merayu,beliau tetap enggan dan ini menandakan wanita ini telah insaf dengan kesalahan tersebut.

Namun,saya agak terperanjat membaca komen MAJLIS PEGUAM yang suka mempersoalkan perundangan syariah di negara ini yang meminta agar hukuman sebat ini dibatalkan kerana ianya adalah melanggar hak asasi manusia.

Mengapa undang-undang sebat ini dianggap membahayakan dan tidak sesuai?

HUKUMAN SEBAT MENURUT PERSPEKTIF SYARAK

Sebat adalah salah satu hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak.Meminum arak adalah antara kesalahan jenayah syariah yang boleh disebat berdasarkan dalil syarak yang telah disepakati oleh para ulama.Sebuah hadith soheh Muslim ,dari anas R.A,beliau menyatakan bahawa “rasulullah S.A.W memukul orang yang meminum arak dengan menggunakan pelepah tamar dan selipar sebanyak 40 kali”.

Dalam sebuah hadith yang lain juga,rasulullah S.A.W turut menggunakan peralatan selain pelepah tamar dan selipar iaitu tangan dan baju.Ini disebutkan dalam hadith soheh Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A kata beliau : “Nabi S.A.W telah didatangi oleh seorang yang mabuk.Lalu baginda mengarahkan agar pemabuk itu dipukul.Maka,ada diantara kami yang memukul dengan menggunakan tangannya,ada yang memukul dengan menggunakan seliparnya dan ada yang memukul dengan menggunakan bajunya”.

Dari kedua-dua hadith berkenaan,dapatlah kita tahu bahawa alat yang digunakan untuk memukul adalah pelepah tamar,selipar,tangan dan baju.Manakala kadar pukulan atau sebatan adalah sebanyak 40 kali berdasarkan hadith yang telah dinyatakan tadi.Namun,di zaman saidina Umar AL Khattab,beliau menambah sebatan sebanyak 40 kali sebatan lagi sebagai TAKZIR menjadikan pukulan atau sebatan tersebut adalah sebanyak 80 kali.

Untuk melaksanakan hukuman sebat atau pukul ini,bukanlah ianya semudah bicara kerana ianya telah ditetapkan dengan beberapa etika yang telah ditetapkan oleh syarak.Secara ringkasnya,SYARAK telah menetapkan tempat pukulan adalah disemua anggota kecuali di “tempat yang boleh membunuh”,muka dan kepala.

Maksud “tempat yang boleh membunuh” adalah tempat di mana terletaknya jantung dan kemaluan.Ini adalah kemaluan turut akan membunuh si pesalah termasuk MATI PUCUK.Disamping itu tangan si pesalah tidak boleh diikat dan ditakuti seperti dikasari oleh penyebat atau dilayan dengan muka bengis sebelum dan semasa menjalani hukuman.

Manakala si penyebat pula adalah dilarang mengangkat tangannya sehingga Nampak ketiaknya atau dalam erti kata yang lain menyebat dengan sekuat hati.Yang boleh diangkat adalah bahagian depan tangan atau tangan ukuran hasta (zira’) dan bukan lengan bahagian atas (a’dhud).Penyebat hendaklah menyebat dengar kadar pukulan yang sederhana antara ringan dan kuat dan bukan terlalu ringan atau terlalu kuat.Paling penting,si pesalah mestilah menutup aurat dan bukan dibiarkan terlanjang.

Dengan ini,dapat disimpulkan bahawa hukuman pukul atau sebat ini adalah merupakan hukuman yang “memberikan pengajaran” dan “mencegah” dan bukan menghukum semata-mata.Inilah ROH PERUNDANGAN Islam yang perlu dihayati oleh semua pihak.


..Moga Kita ambil iktibar dr segala yg berlaku

hari2 last berpuasa di rumah..

bukannye pe..
lpas ni semua akn mula stat utk belajar kembali..
mnjalani Ramadan di mktb..smemangnye berlainan drpd rumah sndiri..

papepn..hasilan dan kualiti yg berlainan dr segi ibadah myb..
bgku.. di mktb ak kn lbih bersmangat utk berbuat..
biaslah dirumh,byk hal2 yg tdak dpt dielakkan, yg buat ak sntiasa terlalai...

mudh2an..
imanku akn bertambah baik+bagus dr sehari ke sehari di buln Ramadan yg mulia ini..

moga2 kalian juga begitu=)

AlL dA best..!!

August 28, 2009

puasa..nikmatnya

alhamdulillah..
harini nk genap sminggu kte berpuasa..

bulan ramadan nilah tym kte nk perbykkan amal ibadat kte, memandangkan syaitan2 dan konco2 dikurung..

jdnya kte pd buln ni bertarung dgn hawa nafsu kte lah..
sme de kte malas atau rajin,
semuanya terletak pd diri sndiri.
ade org kate, kalu kte nk ngk diri kte yg sbenar..

sme de baik atau sbaliknya..
buln ramadan nilah pnentunya..

tp tu terserah pd stiap individu utk mnentukannya..
yg PENTING!

bERibadatlah Kerana Allah..
moga2 amalan kte di buln ramadan ini diterima olehNya..Amin

selamat BerMujahadah!!(",)

August 12, 2009

masa Oh masa..

hai..

pejam celik, pejam celik..
skejap je dh nk g PBS..

sdgkn rasa mcm bru smlm je masa "nyaman" 2 terjadi..
dan sekarang da berlalu..

masa berjln, tp ak masih xbgerak..huhu
fikir2..
masa xTUNggu kita!

August 07, 2009

hmm..hujung minggu yg nyaman..:)

hari ni alhamdulillah dpt luang mase utk pg rehlah dgn teman2..

seronOk+bsyukur+nyaman+angin laut yg sungguh mndamaikan..
segalaya mmg buat hati ini berbunga indah..

cantik!
sambil g rehlah(berkelah), dpt kongsi dgn teman2 lain pasal ghuzul fikr..

mm..ape itu ghuzul fikr?
mesti ade yg masih tertanye2 kn?
Ghuzul fikr adalah perang pemikiran yang mana merupakan serangan pemikiran, budaya mental dan konsep yg dilakukan secara terus menerus dgn sistematik, teratur serta terancang dengan baik dan dilakuka hingga muncul perubahan keperibadian, gaya hidup dan tingkah laku pd umat Islam.
Yg mana pelakunya ialah..Yahudi.Kristian,Atheis,Orang kafir secara umum dan orang munafik..
ini semuanya bermula selepas perang Salib, dimana kekalahan demi kekalahan yg dirasai oleh org kafir sehinggakan mereka memikirkan strategi lain utk menjatuhkan umat Islam dari segi Islam itu sendiri,lalu mereka mengkaji Al-Quran..

antara ayat2 yg mnjadi tumpuan mreka ialah ayat surah Ali Imran, 3:14
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan,berupa perempuan2, anak2, harta benda g bertumpuk dlm bntuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang....

hmm..Ghuzul Fikr ini terdiri daripada 4S dan 5F..
Ape 4S dan 5F tu?
4S ialah SPORT,SEX,SCREEN & SMOKE
5F ialah FEMALE, FOOD, FILM, FUN & FASHION..


kalau kte perasan, keadaan khidupan kte sekarang ini byk yg dh dpgaruhi oleh budaya ala kebaratan..
dr segi pakaian, pemakanan, cara berfikir..

propaganda org2 kafir ini akan sntiasa bergerak utk pastikan umat Islam jauh dr Islam iaitu Al-Quran dan Al Sunnah,
OLEH ITU..sedarlah wahai umat Islam..
dekatkan diri dgn Al-Quran dgn membacanya, mentadabburnya serta mngamalkannya dlm khidupan seharian kte..insYaAllah..
moga sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah hndaknya:)

syukur pd Yang Esa..

Assalammualaikum buat teman yg dikasihi..

apa khabar semua?
alhamdulillah,
masih lagi ku diberi peluang oleh Allah, utk bernafas sehingga kini..
nikmat utk masih lagi mnghirup udara, harus aku syukuri sungguh2..
bukan ape..di kala dunia kini dgemparkan dgn virus selsema bab* yg telah byk juga mngorbankan nyawa..
kita yg masih diberi nikmat ini haruslah sntiasa bersyukur..malah mnghargai nikmat hidup ini..kerna..entah bila2 masa shj..kita mgkn tiada di dunia..

itulah qada' dan qadar Allah..
dialah yg mnentukan segala..
yg penting doa,berdoa..beribadah..beramal,berbuat baik sesama makhluk,jgnlah sesekali dilupa..sentiasalah dekatkan diri pdNya..

mgkn ini adalah satu peringatan oleh Allah utk kta yg masih leka dan lalai utk mnjalankan kewajipan kte sbg seorang Islam..

hmm..oklah..tgu coretan dan pngalamanku yg akan dtg k!?..
slm ukhwah buat semua..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...