December 07, 2009

>Misteri Shalat Subuh<

dah lame berminat utk beli buku ni..alhmdulilah hri tu dpt jugak mintak abah utk blanje..hehe

buku MISTERI SHALAT SUBUH oleh Dr. Raghib As-Srjani..
pd pdgnku..buku ini amat bagus sekali..ak btol2 tersedar dgn betapa peri pentingnya solat subuh tu..

betapa selama ini kebanyakan kaum muslimun terlena dlm mlm yg panjang, sehingga akhirnya ade segelintir org membentuk sederet dua deret shaf pd solat Subuh...

byk nilai kekuatan yg kita boleh peroleh dari solat Subuh. Pahala yg dijanjikan Allah dlm solat Subuh, dan aktiviti lain yg dikerjakan sebelum dan sesudahnya, begitu besar sekali. Wajarlah, solat Subuh dikerjakan diantara waktu teristimewa iaitu sepertiga malam terakhir dan waktu fajar.

Yang tak kal pentingnya, trunnya kembali Isa bin Maryam dan kedatangan Imam Mahdi, menurut sebuah riwayat, berlangsung saat Subuh.. Wallu'alam..

Tetap byk byk mende yg ku dpt melalui pmbacaanku. Ternyata betap besar pahala Soat Subuh dlm Hadis Riwayat Muslim " Dua rakat fajar (solat sunnah sebelum Subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya"..

Lalu..apakah yg menghalangi kita dari mngerjakan Solat Subuh? Bukankah ia menjd bahagian yg begitu besar dibanding dunia?

-petikan dari buku Mister Solat subuh-

cdgn =)..trylah cari n beli buku ni..best! xrugi.

November 30, 2009

salam kerinduan..

khas utk sahabatku..

ku titip slm kerinduan buatmu..
apa khabar imanmu di sana?
adakah sudah goyah dengan hiasan dunia?
adakah sudah terpalit lumpur2 kemaksiatan?
adakah masih istiqomah dengan Al-Quran??

adakah masih berbuat dgn amar maaruf, nahi mungkar?

wahai sahabat..
ku dirundung sayu,
melihat kelekaan yang masih melanda, sedang kiamat bila2 menjelma..

ku dirundung sepi..
masihkah kau rasa dunia ini muda?
dunia ini kekal sentiasa?

TIDAK KAWANKU!!
..TIDAK skali-kali..

sedarlah kwn..
marilah kita perbaiki diri..
dekatilah Al-Quran..tadabbur Ayatnya..
mengajak kearah kebaikan..
perbanyakkan iBadah..
tingkatkn ilmu di dada...

Lupakah kita?
KERNA APAKAH ALLAH MENCIPTA KITA DI BUMI INI?
Fikir2kan sahabtku...

August 29, 2009

berkenaan kes kartika..

slm..sekadar ingin berkongsi sedikit pmbacan yg diperoleh dr seorg shbt berkaitan dgn kes kartika, seorang Islam namun dtngkap krn meminum arak di khlayak ramai..

boleh view kt bwh,

Saya tertarik dengan isu “sebat” yang melibatkan seorang wanita Islam yang telah dijatuhi hukuman sebat enam kali oleh mahkamah Syariah salah sebuah negeri di semenanjung tanah air kerana disabitkan kesalahan minum arak.

Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 telah dijatuhkan hukuman denda RM 5000 dan 6 kali sebatan oleh mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah tertuduh mengaku bersalah (sabit secara IQROR,alternatif dua saksi lelaki) meminum minuman keras itu di salah sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2009.Kartika adalah seorang model sambilan.

WANITA PERTAMA

Istilah wanita pertama biasanya membabitkan seorang isteri pemimpin utama negara.Namun,dalam isu KARTIKA ini,beliau adalah wanita pertama yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah hukuman sebat.Sudah tentu kes beliau akan menjadi kes rujukan selepas ini apabila membabitkan wanita dalam kes seumpama ini.

Berani sungguh wanita ini dan beliau sanggup untuk menerima hukuman berkenaan.Walaupun ada pihak meminta supaya wanita ini merayu,beliau tetap enggan dan ini menandakan wanita ini telah insaf dengan kesalahan tersebut.

Namun,saya agak terperanjat membaca komen MAJLIS PEGUAM yang suka mempersoalkan perundangan syariah di negara ini yang meminta agar hukuman sebat ini dibatalkan kerana ianya adalah melanggar hak asasi manusia.

Mengapa undang-undang sebat ini dianggap membahayakan dan tidak sesuai?

HUKUMAN SEBAT MENURUT PERSPEKTIF SYARAK

Sebat adalah salah satu hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak.Meminum arak adalah antara kesalahan jenayah syariah yang boleh disebat berdasarkan dalil syarak yang telah disepakati oleh para ulama.Sebuah hadith soheh Muslim ,dari anas R.A,beliau menyatakan bahawa “rasulullah S.A.W memukul orang yang meminum arak dengan menggunakan pelepah tamar dan selipar sebanyak 40 kali”.

Dalam sebuah hadith yang lain juga,rasulullah S.A.W turut menggunakan peralatan selain pelepah tamar dan selipar iaitu tangan dan baju.Ini disebutkan dalam hadith soheh Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A kata beliau : “Nabi S.A.W telah didatangi oleh seorang yang mabuk.Lalu baginda mengarahkan agar pemabuk itu dipukul.Maka,ada diantara kami yang memukul dengan menggunakan tangannya,ada yang memukul dengan menggunakan seliparnya dan ada yang memukul dengan menggunakan bajunya”.

Dari kedua-dua hadith berkenaan,dapatlah kita tahu bahawa alat yang digunakan untuk memukul adalah pelepah tamar,selipar,tangan dan baju.Manakala kadar pukulan atau sebatan adalah sebanyak 40 kali berdasarkan hadith yang telah dinyatakan tadi.Namun,di zaman saidina Umar AL Khattab,beliau menambah sebatan sebanyak 40 kali sebatan lagi sebagai TAKZIR menjadikan pukulan atau sebatan tersebut adalah sebanyak 80 kali.

Untuk melaksanakan hukuman sebat atau pukul ini,bukanlah ianya semudah bicara kerana ianya telah ditetapkan dengan beberapa etika yang telah ditetapkan oleh syarak.Secara ringkasnya,SYARAK telah menetapkan tempat pukulan adalah disemua anggota kecuali di “tempat yang boleh membunuh”,muka dan kepala.

Maksud “tempat yang boleh membunuh” adalah tempat di mana terletaknya jantung dan kemaluan.Ini adalah kemaluan turut akan membunuh si pesalah termasuk MATI PUCUK.Disamping itu tangan si pesalah tidak boleh diikat dan ditakuti seperti dikasari oleh penyebat atau dilayan dengan muka bengis sebelum dan semasa menjalani hukuman.

Manakala si penyebat pula adalah dilarang mengangkat tangannya sehingga Nampak ketiaknya atau dalam erti kata yang lain menyebat dengan sekuat hati.Yang boleh diangkat adalah bahagian depan tangan atau tangan ukuran hasta (zira’) dan bukan lengan bahagian atas (a’dhud).Penyebat hendaklah menyebat dengar kadar pukulan yang sederhana antara ringan dan kuat dan bukan terlalu ringan atau terlalu kuat.Paling penting,si pesalah mestilah menutup aurat dan bukan dibiarkan terlanjang.

Dengan ini,dapat disimpulkan bahawa hukuman pukul atau sebat ini adalah merupakan hukuman yang “memberikan pengajaran” dan “mencegah” dan bukan menghukum semata-mata.Inilah ROH PERUNDANGAN Islam yang perlu dihayati oleh semua pihak.


..Moga Kita ambil iktibar dr segala yg berlaku

hari2 last berpuasa di rumah..

bukannye pe..
lpas ni semua akn mula stat utk belajar kembali..
mnjalani Ramadan di mktb..smemangnye berlainan drpd rumah sndiri..

papepn..hasilan dan kualiti yg berlainan dr segi ibadah myb..
bgku.. di mktb ak kn lbih bersmangat utk berbuat..
biaslah dirumh,byk hal2 yg tdak dpt dielakkan, yg buat ak sntiasa terlalai...

mudh2an..
imanku akn bertambah baik+bagus dr sehari ke sehari di buln Ramadan yg mulia ini..

moga2 kalian juga begitu=)

AlL dA best..!!

August 28, 2009

puasa..nikmatnya

alhamdulillah..
harini nk genap sminggu kte berpuasa..

bulan ramadan nilah tym kte nk perbykkan amal ibadat kte, memandangkan syaitan2 dan konco2 dikurung..

jdnya kte pd buln ni bertarung dgn hawa nafsu kte lah..
sme de kte malas atau rajin,
semuanya terletak pd diri sndiri.
ade org kate, kalu kte nk ngk diri kte yg sbenar..

sme de baik atau sbaliknya..
buln ramadan nilah pnentunya..

tp tu terserah pd stiap individu utk mnentukannya..
yg PENTING!

bERibadatlah Kerana Allah..
moga2 amalan kte di buln ramadan ini diterima olehNya..Amin

selamat BerMujahadah!!(",)

August 12, 2009

masa Oh masa..

hai..

pejam celik, pejam celik..
skejap je dh nk g PBS..

sdgkn rasa mcm bru smlm je masa "nyaman" 2 terjadi..
dan sekarang da berlalu..

masa berjln, tp ak masih xbgerak..huhu
fikir2..
masa xTUNggu kita!

August 07, 2009

hmm..hujung minggu yg nyaman..:)

hari ni alhamdulillah dpt luang mase utk pg rehlah dgn teman2..

seronOk+bsyukur+nyaman+angin laut yg sungguh mndamaikan..
segalaya mmg buat hati ini berbunga indah..

cantik!
sambil g rehlah(berkelah), dpt kongsi dgn teman2 lain pasal ghuzul fikr..

mm..ape itu ghuzul fikr?
mesti ade yg masih tertanye2 kn?
Ghuzul fikr adalah perang pemikiran yang mana merupakan serangan pemikiran, budaya mental dan konsep yg dilakukan secara terus menerus dgn sistematik, teratur serta terancang dengan baik dan dilakuka hingga muncul perubahan keperibadian, gaya hidup dan tingkah laku pd umat Islam.
Yg mana pelakunya ialah..Yahudi.Kristian,Atheis,Orang kafir secara umum dan orang munafik..
ini semuanya bermula selepas perang Salib, dimana kekalahan demi kekalahan yg dirasai oleh org kafir sehinggakan mereka memikirkan strategi lain utk menjatuhkan umat Islam dari segi Islam itu sendiri,lalu mereka mengkaji Al-Quran..

antara ayat2 yg mnjadi tumpuan mreka ialah ayat surah Ali Imran, 3:14
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan,berupa perempuan2, anak2, harta benda g bertumpuk dlm bntuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang....

hmm..Ghuzul Fikr ini terdiri daripada 4S dan 5F..
Ape 4S dan 5F tu?
4S ialah SPORT,SEX,SCREEN & SMOKE
5F ialah FEMALE, FOOD, FILM, FUN & FASHION..


kalau kte perasan, keadaan khidupan kte sekarang ini byk yg dh dpgaruhi oleh budaya ala kebaratan..
dr segi pakaian, pemakanan, cara berfikir..

propaganda org2 kafir ini akan sntiasa bergerak utk pastikan umat Islam jauh dr Islam iaitu Al-Quran dan Al Sunnah,
OLEH ITU..sedarlah wahai umat Islam..
dekatkan diri dgn Al-Quran dgn membacanya, mentadabburnya serta mngamalkannya dlm khidupan seharian kte..insYaAllah..
moga sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah hndaknya:)

syukur pd Yang Esa..

Assalammualaikum buat teman yg dikasihi..

apa khabar semua?
alhamdulillah,
masih lagi ku diberi peluang oleh Allah, utk bernafas sehingga kini..
nikmat utk masih lagi mnghirup udara, harus aku syukuri sungguh2..
bukan ape..di kala dunia kini dgemparkan dgn virus selsema bab* yg telah byk juga mngorbankan nyawa..
kita yg masih diberi nikmat ini haruslah sntiasa bersyukur..malah mnghargai nikmat hidup ini..kerna..entah bila2 masa shj..kita mgkn tiada di dunia..

itulah qada' dan qadar Allah..
dialah yg mnentukan segala..
yg penting doa,berdoa..beribadah..beramal,berbuat baik sesama makhluk,jgnlah sesekali dilupa..sentiasalah dekatkan diri pdNya..

mgkn ini adalah satu peringatan oleh Allah utk kta yg masih leka dan lalai utk mnjalankan kewajipan kte sbg seorang Islam..

hmm..oklah..tgu coretan dan pngalamanku yg akan dtg k!?..
slm ukhwah buat semua..:)

July 23, 2009

4 kunci kebahagiaan..

Rasullullah s.a.w bersabda,

" Empat macam, barangsiapa mendapatkannya, maka ia telah diberikan kebaikan di dunia dan di akhirat; iaitu hati yg bersyukur, lisan yang berzikir, badan yg sabar tatkala menerima cubaan dan seorang isteri yg tidak berkhianat menjaga kehormatan dirinya dan harta suami.."
(H.r. Ath-Thabrani)

ayuh marilah kte sama2 raih kunci2 kebahagiaan hidup ni..

moGa dgn itu..hidup kita akan bahagia..(^-^)

Luv Allah

July 18, 2009

idea..no idea?

idea..

no idea..
kadang2 rasa sesak jiwa bila mngenangkan kerja yg ada..
bukan apa pn..
cuma kerja dunia dugaan semata..
kenapalah cepat rasa gelora..

seorang sahabatku pernah berkata..

ketenangan itu milik hati yang beriman,
agar bercambah benih keikhlasan dalam perlakuan,
.....

....ketenangan..Ya Allah berilah aku ketenangan..

July 07, 2009

adab ketika berbicara..

1. Semua pembicaraan haruslah kebaikan

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keridaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. (surah an-Nisa; 4:114)

dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna (surah al-Mukminun; 23:3)

Dalam hadits Nabi disebutkan: Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam. (HR Bukhari Muslim)

2. Berbicara harus jelas dan benar; sebagaimana dalam hadits 'Aisyah: "Bahwasanya perkataan RasuluLLAH itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

3. Seimbang dan menjauhi bertele-tele; berdasarkan sabda Nabi: Sesungguhnya antara orang yang paling aku sayangi dan paling dekat majlisnya denganku pada hari kiamat ialah yang paling baik akhlaknya dari kalangan kalian. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh majlisnya dariku nanti pada hari Kiamat ialah ats-tsartsarun (yang banyak bicara kosong), al-mutasyaddiqun (berlagak dalam berbicara sehingga menyukarkan kefahaman manusia) dan al-mutafayhiqun.” Maka dikatakan: Wahai RasuluLLAH. Kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab Nabi: “Orang-orang yang sombong. (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Wa`il:

Adalah Ibnu Mas’ud senantiasa mengajari kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdur Rahman (gelar Ibnu Mas’ud)! Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud: Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Nabi dan baginda menjawab khuatir membosankan kami. (HR Muttafaqun ‘alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika diperlukan. Dari Anas bin Malik bahawa adalah Nabi jika berbicara maka baginda mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)

6. Menghindari mengucapkan yang bathil; berdasarkan hadits Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH yang ia tidak mengira akan mendapatkan (ganjaran) yang demikian sehingga dicatat oleh ALLAH keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH yang tidak dikiranya akan demikian. Maka ALLAH mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat. (HR Tirmidzi dan ia berkata hadits hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

7. Menjauhi perdebatan sengit.

Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat. (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dalam hadits lain disebutkan sabda Nabi:

Aku jamin rumah di dasar syurga bagi seseorang yang menghindari debat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah ditengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam gurauan, dan aku jamin rumah di puncak surga bagi yang baik akhlaknya. (HR Abu Daud)

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat;

Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, mela’nat dan berkata-kata keji. (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

9. Menghindari banyak canda, berdasarkan hadits Nabi:

Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH pada hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa. (HR Bukhari) (tambahan: ertinya tawa yang melalaikan dan melampau, atau tawa yang bertujuan buruk seperti mengaibkan seseorang)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelar yang buruk;

Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok); dan janganlah kalian mencela diri kalian sendiri; dan janganlah kalian panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (surah al-Hujurat; 49:11)

Juga dalam sebuah hadith: Jika seseorang menceritakan suatu hal kepadamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya. (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

11. Menghindari dusta.

Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat. (HR Bukhari)

12. Menghindari ghibah dan mengadu domba.

Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meghibah satu dengan yang lain, dan jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara. (HR Muttafaqun ‘alaih)

13. Berhati-hati dan adil dalam memuji; berdasarkan hadits Nabi dari Abdur Rahman bin abi Bakrah dari ayahnya berkata:

Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka kata Nabi: “Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (2 kali), lalu kata baginda: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: 'Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi ALLAH', lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaqun ‘alaih dan ini adalah lafaz imam Muslim)

Dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji seorang pegawai di depan Miqdad bin al-Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya ke wajah orang itu, lalu berkata: "Nabi memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji." (HR Muslim)

July 01, 2009

hati bertaut..


hati bertaut..

majlis ilmu yg ku hadiri sedikit sebanyak membuka minda ku..
ya..aku ingin berubah..

betapa ku takut pabila mentadabbur ayat ini..

dan kamu menjadi 3 golongan,
...iaitu golongan kanan(org yg terima buku catatn amal di tgn kanan)alangkah mulianya golongan kanan itu,
...dan golongan kiri(org2 yg menerima buku catatn amal di tgn kiri)alangkah sengsaranya golongan kiri itu,
...dan orang2 yg paling dulu (beriman), merekalah yg paling dahulu masuk syurga,
...mrk itulah org yg dekat (kpd Allah),
...brada dl surga kenikmatan,
...segolongan besar dari org2 yang terdahulu, (seluruh umat nabi2 sebelum Nabi Muhammad s.a.w)
...dan segolongan kecil dari org2 yg kmudian, (umat Nabi Muhammad s.a.w)

Surah Al-Waqiah,56: 7-14

ayat td mnyatakan hanya sebilangan kecil shj umat Nabi Muhammad akan masuk surga,

hati terus berkata..
adakah aku layak utk ke syurgaMu ya Allah,
sedang diri byk lakukan maksiat pdMu,
siapalah aku,
hanya insan kerdil..yg lemah..namun punya cita

ya, aku punya cita untuk impi Syurga..
hendaknya ak sentiasa dekat padaNya,
agar Dia juga sentiasa dekat pdku..

ape yg ku fahami..
cara utk mndekatkn diri pdNya, slh satunya adalah menghadiri majlis2 ilmu..
ia..kita belajar ilmu dunia, namun ilmu akhirat jgn sekali dilupa..
ilmu akhirat itulah yg bawa kte menuju pdNya..

ingatlah janji Allah dlm surah Al-Mujadilah,58: 11

Wahai org2 beriman! Apabila dikatakan pdmu, "Berilah kelapangan di dlm majlis2," maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu," maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat darjat org2 yg beriman di antaramu dan org2 yg diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah maha teliti apa yg kamu kerjakan.

insyaAllah, jnji Allah itu benar..
berilah kelapangan dlm majlis2..khususnya mjlis2 ilmu yg kecil, biarpun kecil jgn dipandang enteng..krn spt kata As-Syahid Hassan Al-Bana, itulah merupakan slh satu dr syiar Islam..

ya..syiar Islam harus disebarkan..
inilah salah stunya..
perkongsian ilmu,
dgn ilmu kita mampu berkata,
namun pengalaman juga guru yg berguna,
belajar juga dari pengalamn silam,
jika pengalaman dulu jd mimpi ngeri..

berubahlah!
krn perubahan itu dari diri sendiri..
hendak atau xnak..
fikir2 kan..
mahu bergerak atau tidak..

tepuk dada, tanya minda....
krn ajal maut itu,
bisa ditarik tak kira masa...
wallahualam.

June 29, 2009

sedih..rindu

kau kini merantau adikku..
mencari ilmu, nun jauh disana..

namun untuk kau tahu..
betapa pilu rasa hati mgenangkn dirimu sudah jauh dr sisi..
bila pulang, bila kita akan bertemu..
sedangkan aku jua sepertimu..

tp ku pasti..
hati kita akan tetap bertaut, seperti air mengalir yg tak pernah putus,
ku harap kau akan berjaya,
jgn dilukai hati org tua kita..
kerna jika bukn kerna mereka..ntah kita akan pndai bertatih, berkata..
mngkin kita entah siapa2..

ku pohon,
belajarlah adikku sehngga berjaya..
agar kita bisa gembira

dan..
untuk kau tahu adikku..
aku sentiasa cinta...

LoTS of love..from kak ngah(^-^)

June 17, 2009

di manakah ar-rijal?

Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

June 12, 2009

ajal, bulan dan langit

setiap hari ku pandang langit..
wah...
luasnya langit!

betapa hebat ciptaan Allah..
mlm2 ku pandang bulan..
teman dkala kesunyian..

seronok..
bersyukur kpdNya..
ak masih mampu melihat bulan dan mendongak langit..
cantik..

namun,
entah bila ianya hilang,
ajalku menjemput tanpa kata..

adakah ia datang disangka2,
atau ia datang tidak diduga..
dalam nyenyak tidur,
dalam sibuk kerja,
dalam leka bermain,
dalam seronok berhibur..

ia datang tanpa amaran.
bersediakah ak?
ku tanya tanpa jawapan..
yang pasti..
aku dalam ketakutan......
ku dalam ketakutan...

May 29, 2009

dakwah b'AKHLAK..

tika di rumah..
pelbagai dugaan hati dan nafsu ku kira kian menggasak jiwa..
jika ikutkan hati, mau saja ak tibai semua..
namun..dakwah b'akhlak..
dakwah dengan akhlak..
walaupun dimana kita berada.
tunjukilah contoh yang terbaik..
walaupun tanpa berkata - kata..

dengan perbuatan kita juga mampu jadi ikutan..

ya..aku bukan sempurna utk mnjadi contoh yg terbaik..
namun..
perlukah seseorang itu sempurna utk mnjadi yang TERBAIK?

yang mengejutkan..huhu

salam..
ini yang sy jumpa dan rasanya orang Islam perlu tahu..
JAGA2 dengan barangan TAK HALAL

ATTENTION!!!! SENARAI NON-HALAL FOODS..TOLONG FOWARD TO OUR MUSLIM FRENS .!!!!

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1.
Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI

( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5.
Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA IS LAM KITA.


Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!


May 23, 2009

Apa itu shahadatul haq?

SHAHADATUL HAQ atau dalam erti kata lain penyaksian atas kebenaran.

Apa yang dimaksudkan dengan kebenaran ini??

Sebagai umat islam,bukankah hari-hari kita mengucapkan shahadah,


“Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah,Dan Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah.


Inilah kebenaran yang wajib kita saksikan kepada orang lain tak kira kepada muslim ataupun non-muslim. Namun, penyaksian bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah itu TIDAKLAH CUKUP DENGAN HANYA melaksanakan rukun islam semata iaitu solat, puasa, tunaikan zakat dan haji. Ianya adalah lebih daripada itu semua.Jika kita lihat di dalam Al-Quran, Allah banyak berfirman tentang tanggungjawab shahadatul haq ini:

“Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), "umat pertengahan"* agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu..” (Al-Baqarah:143)

*Umat yang adil, yang tidak berat sebelah baik ke dunia maupun ke akhirat, tetapi seimbang antara keduanya.


“Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?".. (Al-Baqarah:140)


Umat pertengahan… ertinya, kita adalah saksi pada kebenaran. Rasulullah telahpun menyampaikan kebenaran itu kepada kita. Sekarang merupakan tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebenaran itu pada insan lain...

Jelaskan disini, bagaimana Allah menuntut kita untuk melaksanakan shahadatul haq dan Dia murka kepada hambanya yang tidak melaksanakan tanggungjawab ini. Namun, persoalannya bagaimana dan apa yang perlu kita lakukan??


Adakah kita hanya duduk sahaja, sambil berpeluk tubuh melihat kemungkaran di depan mata ataupun buat2 tak nampak sahaja..ataupun membiarkan orang lain sahaja yang lebih banyak ilmu agamanya untuk menegur saudara seIslam kita yang semakin leka kerana merasakan diri masih kekurangan untuk menegur mereka, malu atau malas??


Marilah saudara Islamku semua..ajaklah dan berbuatlah dengan mengajak insan-insan lain kembali pada Allah...dekatkan diri dengan Al-Quran kerana jika umat Islam jauh dari ajaran Al-Quran dan As-Sunnah kita akan menyimpang jauh dari ajaran Islam itu sendiri.


Dengan erti kata lain....dakwah... tapi, perkataan dakwah ni, kadang2 jadi perkataan yang sgt sensitif bukan? mm..kenapa ye...salahkah kita untuk mengajak insan lain kepada yang haq...

Dakwah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasul-Nya..

Tak cukup dengan hanya beriman...
Tak cukup dengan hanya menjadi orang yang melaksanakan solat, puasa, buat perkara2 kebajikan, dan lain2...
Tapi kita perlu pamerkan, perlu tonjolkan Islam itu yang sebenar.....
Dan yang paling PENTING, kita perlu tunjuk dan ceritakan kepada orang lain... barulah tanggungjawab kita terlaksana...


Contoh yang kita boleh nampak di sini ialah...para sahabat, bila dia dah dapat Islam, mereka akan sampaikan kepada orang lain, mereka tak simpan sorang2... mereka tidak hanya menjadi orang yang solat, puasa, dan lain2. Tapi, mereka menjadi orang yang menyampaikan isi islam itu kepada orang lain...

Buktinya?
Lihat Mus’ab bin Umair... satu Mekah menerima Islam…
Lihat Abu Dzar.... dapat je dari Nabi Muhammad, segera kembali ke kampung halamannya sampaikan pada seisi kampung...

Tidak mahukah kita menjejaki mereka?..

Kalau kita renungkan balik firman Allah dlm kedua2 ayat di atas,jelas pada kita tentang kewajipan shahadatul haq. Jelas juga pada kita bahawa di akhirat kelak,Allah akan mempersoalkan apa yg telah kita lakukan sebagai penyaksian kpd kebenaran itu….


“Dan jika Allah mengkehendaki niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Dia menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Tetapi kamu pasti akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan.” (An-Nahl:93)

May 22, 2009

Bila Hati Mula Bicara...

alhamdulillah..
walaupun dalam bertatih dan bersengkang mata,
ku tegar untuk tetap memilikinya..
mungkin ini satu method dakwah ku kira...

ku harap yang di luar sana bisa terima ia dengan seadanya..
kan ku coretkan, biar ia jadi tatapan bersama..

moga..
dengan bicara yang tidak seberapa,
ia mampu menggoyahkan hati2 kalian semua...

dan ku persembahkan..
BILA HATI MULA BICARA......

"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami) : Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah : 127)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...