July 16, 2010

TRANSFORMASI : SEBUAH MUJAHADAH


Biar sejauh mana susah
….sesekali tidak akan menyerah….

Malu untuk mengaku kejahilan
Tak tahu tapi berlagak pemenang
Mentanglah ada yang menongkah
Melayu dari layu dan rebah
Kita sukar untuk berubah….

Kita miliki agama yang menyuruh kearah keharmonian
Namun mengapa tercipta persengketaan????
Tuhan tidak pernah mengajak kepada kemungkaran
Dan jenayah tetap berlaku membawa berjuta masalah
Kerana kita masih sukar untuk berubah
Biar berkali layu dan rebah
Sudah jemu dan mengeluh yang menongkah
Kita masih berlagak sang pemenang
Terusan bersama kejahilan…

Ada
yang fikir
Dialah yang terbaik
Hingga yang lain dipandang rendah, lembik….jijik….
Mulalah mereka menindas, mengarah…dan mencebik…
Jikapun lemah…mengapa tidak didakwah secara berhikmah
Membelai dengan teguran yang molek….bukannya lempiaskan sindir
Mengguris hati…..berdarah…bernanah…
Dan tercetus persengketaan
Mana hilang agama yang mengajar keharmonian????
Ingat….!!!
Tuhan tidak pernah mengajak berbuat jahat
Salah diri sendiri yang tidak memahami
Sebuah mujahadah untuk berubah….

Ada yang berkata aku tak layak
Ilmu yang aku kandung tak banyak
Keyakinan terbina tak kuat
Aku tak mahu berlagak
Biarlah dia yang hebat yang berbuat
Dan pinggirkan aku kebelakang terhenyak…
Siapa cakap engkau tiada hak????
Ilmu yang sikit ayuh kita kumpul melangit
Pembinaan keyakinan masih sempat diterap
Supaya kita bersama memimpin
Kerana kita semua adalah khalifah
Yang punya tanggungjawab dan amanah
Untuk mentadbir….

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (pemimpin ) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ <>

Segalanya mudah
Mujahadah...
Itulah yang perlu ditelaah
Untuk berubah...

Biarkan aku nafsi-nafsi
Dan engkau dengan caramu tersendiri
Bukankah tiap orang punya matlamat berlainan
Mengapa perlu kita bergerak berkumpulan???
Aku tak layak ada disamping
Lemah….jijik…lembik….
…..engkau mencebik…

Jika benar engkau terbaik
Aku yang tertindas tetap punyai maruah
Aku yang rendah angkat aku naik ke atas
Kerana kita satu bangsa
Kerana kita satu Malaysia
Kerana kita sama manusia
Kerana kita satu agama…bersaudara…

“ Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. “


Abu Hamzah, Anas bin Malik ra. Menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak sempurna iman seseorang diantara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (h.r Bukhari dan Muslim)


Rentak kita mungkin berbeza
Namun yang pasti….
Kita melangkah ke destinasi yang sama
Jangan biar aku keseorangan sepi
Usah engkau menjauh pergi
Tautkan hati…
Ayuh teman-teman…
Kita anjakkan paradigma ke puncak yang teratas
Jika ada kekurangan….kita kongsikan
Jika ada silap…kita nasihat
Jika ada kelemahan….sama bergandingan..
Untuk berubah…perlukan mujahadah
Dan mujahadah bukan perkara mudah
Jika aku satu…engkau dua….dan dia tiga…
Kita semua….satu Jemaah…
Kekurangan kita tambah, kesilapan mohon maaf, kelemahan kita perbaikkan…

Aku menulis bukan kerana aku sempurna…
……..Aku mencari kesempurnaan
Aku menulis bukan kerana menempa nama…
Aku menagih ketenangan sebuah keredhaan
….Tuhan…..



nukilan, seorg hamba Allah yg tidak ku kenali, tp bait kata2nya mnyentuh hati..


Ya Allah, berikn ku kekuatan..


wallahualam..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...