May 16, 2011

apa nak jadilah dengan generasi sekarang?? sambut hari guru cara tersendiri.sedih!




assalamualaikum..

SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 dan bakal2 guru di seluruh dunia!

walaupun belum jd guru yg confirm, tp still dapat ucapan daripada kawan2 ucap selamat hari guru..
alhamdulillah..semua tu menjadi pembakar semangat utk sy utk menjadi seorang guru kelak, even abah pun wish jugk..sangatlah terharu..huhu


papepn..sbenarnya...ada apa di sebalik sambutan hari guru yang dijalankan saban tahun ni?
untuk meraikan guru-guru yg telah mengajar kita?
...ya betul, kalu di sekolah menengah sy dulu..pelajar2 tingkatan 5 akan membuat persiapan bagi sambutan hari guru pada setiap tahun sebagai meraikan tahun terakhir bersama guru - guru di sekolah..

sangat seronok, jadi kita boleh lihat tema yang berbeza setiap tahun...time nilah guru2 akan disambut dan diarak mcm raja sehari..

itu perspektif dulu..5 tahun dulu. time sy sekolah menengah...

sekarang..di sekolah menengah sekarang mungkin ada dan masih ada perkara mcm ini dilakukan..


NAMUN, satu perkara yg saya nak kongsi disini mngenai satu trend yg ditonjolkan oleh pelajar2 sekolah area terengganu dimana pada setiap kali sambutan hari guru disambut, mereka akan merempit dan membuat williy di hadapan sekolah..

sgt2 xpatut!

antara perbualan ringkas dengan pakcik polis by handphone pg td..

pkcik polis: kalau awak nak tahu, ini memang tradisi pelajar2 area terengganu pada setiap kali sambutan hari guru, memang mereka akan merempit..
saya: Ya, Allah..biar betul..astaghfirhullah al azim..sedihnya! saya, sbg seorang bakal guru sgt sedih tgk perkara ni..pihak polis tak mampu halang atau buat apa2 ke?
pkcik polis: ya, sekarang ni semua anggota polis dah turun ke setiap sekolah utk halang, bukan di tempat awak je..
saya: kenapa boleh jadi camni? sedihnya..orang melayu, bangsa melayu..takpelah, yg penting saya harap cik hantarlah pasukan polis ke sini..halang mereka buat williy dan merempit di depan sekolah ni..bukan sahaja membahayakan orang ramai..tp mengganggu ketenteraman awam jgk.
pkcik polis: baik, sy akan hantar pasukan saya ke sana..
saya: terima kasih cik..!



perkara ini, sy lihat sendiri dgn mata saya, dan saya sangat2la terkejut..dan tak sangka ia merupakan tradisi pelajar2 di terengganu..

sangat sedih melihat keadaan yang berlaku..pelajar2 sekolah menengah dengan tidak segan silunya, dengan memakai baju sekolah, membuat williy dan merempit di hadapan sekolah..sedangkan di dalam sekolah, para pelajar lain sedang meraikan hari guru..

dimana perasaan hormat mereka kpd guru?

adakah guru yang harus dipersalahkan atau ibubapa?

ibubapa sekarang dah lain daripada ibubapa dulu..
tapi mungkin bukanlah semuanya begitu..tp memnag ada ibubapa yg tak bagi guru tegur anak2 mereka..
dan ibubapa sendiri tak tahu pula macam mana perangai anak2 mereka di sekolah..

dan mungkin juga, pelajar2 ini yang tak makan saman, walaupun ditegur..masi degil dan tiada perasaan hormat dan bersikap besar kepala..

APA NAK JADI DENGAN MELAYU KITA? ORANG ISLAM?..SEMUA HARUS BERPERANAN..

apa yang saya lihat, mereka tak takut dengan perbuatan yg mereka lakukan..sebab tiada org yang berani halang..

saya takut krn remaja2 ini adalah generasi2 yg bakal membangunkan negara..jika beginila keadaannya sekarang..

cubalah shbt2 bayangkan..

apa akan berlaku pada masa hadapan?

untuk para guru..

sentiasa perbetulkan niat dalam mendidik anak2 bangsa..doakan mereka, tunjuk tauladan yang baik..

untuk yang bakal bergelar guru..

bersedialah untuk menjadi guru yg sebenar..
begitulah keadaan anak2 didik yg bakal kita didik..
sudah bersediakah kita?

masih belum terlambat untuk mentarbiah diri kita..
agar pada masa yg sam kita mampu mentarbiah org lain..insyaAllah.

MOHON KEKUATAN DARIPADA ALLAH..

untuk generasi2 harapan bangsa..anak2 didikku sekalian..

cukup! hentikan segala perkara2 yang tak elok..
hayati dan fahami segala ilmu yang telah guru sampaikan..
dekatkan diri pada Allah..
kita buakn selamanya hidup di Dunia..
pengakhiran kita adalah di akhirat kelak..
untuk apa merempit dan williy?
awak nak tunjuk ke sapa??

ingatlah, Allah lebih berkuasa diatas segalanya..
muhasabahlah diri!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...