July 30, 2011

adakah ini Ramadhan terakhirku....?

lama sudah ak tak mencoret sesuAtu di sini...

terlalu banyak yang mahu dikongsi sebenarnya..namun, ak tidak tahu bagaimana harus ku coretkan..

Ramadhan akan datang...terasa rindu semakin terubat dengan kedatangan Ramadhan yg bakal menjelang ini..

Hati terdetik...
Mungkinkah ini Ramadhan terakhir buatku??...

Hati terasa sebak mengenangkan kematian..kerana diri ini sangat belum bersedia untuk itu..

kalaulah ini Ramadhan terakhir untukku..

sempatkah aku menghiasi dan mengisi Ramadhan kali ini dengan ibadah yang sebaiknya...
ataukah ianya tetap sama seperti dulu...?



sedihnya bila mengenangkan RAMADHAN yang telah berlalu dulu sia2 begitu sahaja..

harapanku untuk RAMADHAN kali ini...biarlah segala target yang ingin dicapai terlaksana...


TARGET:

khatam QURAN 30 JUZ (sekurang2nya sekali)
baca MATHURAT pagi dan petang dengan lebih teratur..=)
solat TARAWIH berjemaah..(elak drpd mengantuk....huhu)
bangun malam utk QIAMULLAIL..sekurang2nya 2 rakaat..
buat SOLAT DHUHA..(time praktikum agak payah...tp tulah..nk try jg curi masa utk solat..!)
BANYAKkan SEDEKAH..
Jaga hati.. n pelihara iman..

sentiasa berhusnuzon..
sentiasa berdoa...


- doakan ya!!

saya memohon semua sahabat2 di luar supaya mengisi bulan Ramadhan kali ini dengan ibadah yang secukupnya..pergunakanlah bulan ini sebaiknya untuk beribadah dan memohn kpd Allah akan kejayaan org - org Islam dalam melawan nafsu diri..

MoGA bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini, menjadi satu medan untuk kita menTARBIYAH diri kita...

dan JANGAN lupa sahabat2 utk sentiasa melapangkan dada bersedekah kepada insan2 yg memerlukan...

supaya mereka jg dpt merasai kemikmatan bulan Ramadan kali ini..

Walluhualam..


Jika kita tidak mahu mentarbiyah diri sendiri, siapa yang akan mentarbiyah kita?

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)…"
(Al-Hasyr 59: 18)



June 30, 2011

Jagalah Allah..Allah menjagamu..

'Janganlah salah seorang di antara kamu bertanya tentang kecintaannya kepada Allah,

akan tetapi hendaklah ia terlebih dahulu bertanya tentang sejauh mana kecintaannya kepada Al-Quran,

kerana sejauh itu kamu mencintai Al-Quran,

maka sejauh itu pulalah kamu akan mencintai Allah dan sebanyak apa kadar kecintaanmu kepada Al-Quran,

maka sebanyak itu pulalah kecintaanmu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala'

~ Abdullah bin Mas'ud~

June 28, 2011

Zikir memenuhi amalan kebaikan pada hari Kiamat

Sesugguhnya Allah telah memilih empat perkataan:

SUBHANALLAH,
ALHAMDULILLAH..

LA ILAHA ILLALLAH
ALLAHU AKBAR..

Maka sesiapa yang berkata:

SubhanAllah akan ditulis baginya 20 kebajukan dan digugurkan drpdnya 20 kejahatan.

Sesiapa yang berkata:

AllahuAkbar, dia mendapat seperti itu juga..

Sesiapa yg berkata:

La ilaha illaAllah, dia mendapat spt itu juga..

Sesiapa yg berkata:

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin..dgn pilihan dirinya sendiri, maka akan ditulis baginya 30 kebajikan dan digugurkan baginya 30 kejahatan..

Oleh itu, marilah sama2 kita mengucapkan kalimah2 suci ini dengan keadaan percaya da beriman kepadaNya dgn sepnuh jiwa, menghadirkn pengertiannya dlm pemikiran dan akal, maka sesungguhnya dia kan mendapat pahala yg banyak..


Nak pahala?? jom kita berzikir!!!


June 11, 2011

A+B+A+H= ABAH


assalamualaikum..

kawan - kawan semua tahu tak apa yg tengah kecoh di kaca2 tv sekarang??

huhu..piala FA? (ganu menang,,yea!!..hee), konsert akhir AF9? HUHU..gaddafi? hmm..ape lg ea...


mgkn pe yg sy nk gtau ni, bg sesetengah org tak anggap perkara ni kecoh pn..
mgkn saya je kot..(^-^)

yep..sbb, bru bksmptn tgk tv dn lhat kt TV3, byk yg mnyiarkn iklan2 psl...

HARI BAPA...

HMM..

setiap orang ada panggilan tersendiri untuk bapa mereka..
ada yg panggil abah, ayah, bapa, abi, daddy, papa..hee, mcm2 kn..

saya pula..sy pggil abah..

abah sy seorang yg agk tegas..
dan beliau jg memang seorang yg peramah..

sy rasa sy ade cket2 ikut perangai abh..


abah sy mgkn xmcm abah org laen..
dan ayh kwn2 pn xmgkn same mcm abh sy kn? hee..



satu perkara yg sy sgt tersentuh..
kalau abh sedih..abah tak akan tunjukkan pada sy adik bradik2yg abh tgh bersedih..

mgkn ada kata2 kami yg menyentuh hati abah..
kami tak tahu bhw abh sedih, terasa ke..sbb abh xtnjuk pn kt kami..

tp sy tahu..abh kecewa jka kmi melawan ckpnya..
maafkan akin abah...huhu

abah sy..die selalu akan ambil berat akn anak2nya..
walaupun cara abah tu ada yg perasan dan tak perasan..

kdg2 sy jg pernah ada perkara yg xsehaluan dgn abh..mgkn dr segi pndpt
tp alhmdulillah..


sbenarnya pndpt org tua lbih ada yg betulnya drpd pndapat diri sendiri..

abah lebih makan garam dan byk pngalamn..
dibandingkn dgn sy..

byk ikut perasaan..
tp abh boleh jg terima pndpt sy...

sy tahu, abah sgt sayangkan kami..walaupun abh mrh, mrh abh tanda abg sygkn kami..
walau abah tegur, tegur abah adalah utk memperbaiki spy kami tak mengulangi lg kesilapn yg dlakukan..



abah..
akin sgt sayangkn abah..
sgt sayangkn mama

along dn adik2..

we are all Happy Family(^_^)!!









June 01, 2011

rumahku, syurgaku..

assalamualaikum..

cuti kali ini terasa tak nak pergi mana - mana..

nak habiskan masa dengan adik2, along, ma na abah je..


rasa lame sangat tak balik rumah..
walaupun..

walaupun kat umah ni..ada sesuatu tugas besar yang perlu diselesaikan..

tugas ni..memerlukan kudrat..kalau malas mmg alamatnya memang tak selesailah tugas ni..

huhu..

tugasnya adalah....mengemas dan mengecat rumah..

bukan mudah ya nak mengecat ni..ingatkan mudah..
tapi bila dah buat, dah mula mengecat..
aduh..lenguhnya tangan..

mencabar jg rupanya..

biarlah bg adik2 laki je buat..hehe
insyaAllah, diorg lebih bertenaga..

dan cuti ni...targetnya nak kemaskan rumah yg telah direnovate..
banyaknye debu! huhuh..

dalam membina " Rumahku, Syurgaku.."..insyaAllah..
perlukan kesabaran dan ketabahan..

alhamdulillah..setakat ni boleh go on lagi..
selagi segala tugasan dibuat bersama, kerja yang sussah akan menjadi mudah..

yang penting kerjasama....+kesabaran...+kecekalan...

untuk adik2 ku tersayang..

bersabarlah..
moga Allah mempermudahkan urusan kita..
dalam mencari RedhaNya..

"RUMAHku..SYURGAku..

May 22, 2011

ilmu dan amal

Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

"Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati (disertakan amal), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah (tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam." -[Riwayat Ibnu Syaibah dan Al Khatib]

May 16, 2011

apa nak jadilah dengan generasi sekarang?? sambut hari guru cara tersendiri.sedih!




assalamualaikum..

SELAMAT HARI GURU buat semua guru2 dan bakal2 guru di seluruh dunia!

walaupun belum jd guru yg confirm, tp still dapat ucapan daripada kawan2 ucap selamat hari guru..
alhamdulillah..semua tu menjadi pembakar semangat utk sy utk menjadi seorang guru kelak, even abah pun wish jugk..sangatlah terharu..huhu


papepn..sbenarnya...ada apa di sebalik sambutan hari guru yang dijalankan saban tahun ni?
untuk meraikan guru-guru yg telah mengajar kita?
...ya betul, kalu di sekolah menengah sy dulu..pelajar2 tingkatan 5 akan membuat persiapan bagi sambutan hari guru pada setiap tahun sebagai meraikan tahun terakhir bersama guru - guru di sekolah..

sangat seronok, jadi kita boleh lihat tema yang berbeza setiap tahun...time nilah guru2 akan disambut dan diarak mcm raja sehari..

itu perspektif dulu..5 tahun dulu. time sy sekolah menengah...

sekarang..di sekolah menengah sekarang mungkin ada dan masih ada perkara mcm ini dilakukan..


NAMUN, satu perkara yg saya nak kongsi disini mngenai satu trend yg ditonjolkan oleh pelajar2 sekolah area terengganu dimana pada setiap kali sambutan hari guru disambut, mereka akan merempit dan membuat williy di hadapan sekolah..

sgt2 xpatut!

antara perbualan ringkas dengan pakcik polis by handphone pg td..

pkcik polis: kalau awak nak tahu, ini memang tradisi pelajar2 area terengganu pada setiap kali sambutan hari guru, memang mereka akan merempit..
saya: Ya, Allah..biar betul..astaghfirhullah al azim..sedihnya! saya, sbg seorang bakal guru sgt sedih tgk perkara ni..pihak polis tak mampu halang atau buat apa2 ke?
pkcik polis: ya, sekarang ni semua anggota polis dah turun ke setiap sekolah utk halang, bukan di tempat awak je..
saya: kenapa boleh jadi camni? sedihnya..orang melayu, bangsa melayu..takpelah, yg penting saya harap cik hantarlah pasukan polis ke sini..halang mereka buat williy dan merempit di depan sekolah ni..bukan sahaja membahayakan orang ramai..tp mengganggu ketenteraman awam jgk.
pkcik polis: baik, sy akan hantar pasukan saya ke sana..
saya: terima kasih cik..!



perkara ini, sy lihat sendiri dgn mata saya, dan saya sangat2la terkejut..dan tak sangka ia merupakan tradisi pelajar2 di terengganu..

sangat sedih melihat keadaan yang berlaku..pelajar2 sekolah menengah dengan tidak segan silunya, dengan memakai baju sekolah, membuat williy dan merempit di hadapan sekolah..sedangkan di dalam sekolah, para pelajar lain sedang meraikan hari guru..

dimana perasaan hormat mereka kpd guru?

adakah guru yang harus dipersalahkan atau ibubapa?

ibubapa sekarang dah lain daripada ibubapa dulu..
tapi mungkin bukanlah semuanya begitu..tp memnag ada ibubapa yg tak bagi guru tegur anak2 mereka..
dan ibubapa sendiri tak tahu pula macam mana perangai anak2 mereka di sekolah..

dan mungkin juga, pelajar2 ini yang tak makan saman, walaupun ditegur..masi degil dan tiada perasaan hormat dan bersikap besar kepala..

APA NAK JADI DENGAN MELAYU KITA? ORANG ISLAM?..SEMUA HARUS BERPERANAN..

apa yang saya lihat, mereka tak takut dengan perbuatan yg mereka lakukan..sebab tiada org yang berani halang..

saya takut krn remaja2 ini adalah generasi2 yg bakal membangunkan negara..jika beginila keadaannya sekarang..

cubalah shbt2 bayangkan..

apa akan berlaku pada masa hadapan?

untuk para guru..

sentiasa perbetulkan niat dalam mendidik anak2 bangsa..doakan mereka, tunjuk tauladan yang baik..

untuk yang bakal bergelar guru..

bersedialah untuk menjadi guru yg sebenar..
begitulah keadaan anak2 didik yg bakal kita didik..
sudah bersediakah kita?

masih belum terlambat untuk mentarbiah diri kita..
agar pada masa yg sam kita mampu mentarbiah org lain..insyaAllah.

MOHON KEKUATAN DARIPADA ALLAH..

untuk generasi2 harapan bangsa..anak2 didikku sekalian..

cukup! hentikan segala perkara2 yang tak elok..
hayati dan fahami segala ilmu yang telah guru sampaikan..
dekatkan diri pada Allah..
kita buakn selamanya hidup di Dunia..
pengakhiran kita adalah di akhirat kelak..
untuk apa merempit dan williy?
awak nak tunjuk ke sapa??

ingatlah, Allah lebih berkuasa diatas segalanya..
muhasabahlah diri!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...