April 22, 2011

You become What You Think About, The chOICE iS yOURS!!

Mendapat pengalaman dan perkongsian daripada seorang Pengetua yang bergelar Pengetua cemerlang JUSA C, bukanlah sesuatu yang terfikir di kotak fikiran ini..

Namun, kelmarin..ketika mendengar seminar integriti nasional..saya dan rakan - rakan, telah berpeluang mendengar perkongsian daripada YM Tengku Azuan Tengku Mohamed. Seorang Pengetua JUSA C yang banyak pengalaman..

segala bait katanya sangat bersemangat..ternyata gelaran Pengetua Jusa C itu memang sesuai dengannya..pandangannya jauh, beliau seorang yang positif dan cekal bagi saya..

kerana mendengar segala pengalaman yang deceritakan..

beliaU bermula segala itu dan ini daripada beliau tidak tahu apa..zero..0

tp, beliau tidak menolak amanAt yang dipertanggungjawabkan padanya krn beliau sangat meminati bidang pendidikan..mejadi seorang pendidik..adalah impiannya..

say begitu kagum dengan semangatnya...

jauh dalam hati..aku mahu mengikut jejak kejayaannya..

mendidik anak2..dengan telus dan ikhlas..

ada beberapa tips motivasi daripada beliau yg say nak kongsikan d cni..

"The power of Attitude" , Attitude is everything- yang penting sikap kita..harus positif..sikap memainkan peranan utk mengerakkan kita.


Dan kata2 serta nasihat yang paling saya ingat ialah..

"Wherever u choose to go, go there with all ur heart"

sangat mendalam maknanya..

saya kaitkan kata2 ini ngan semua perkara yang saya buat..

dlm belajar, dakwah, all da things around me..

i must do IT WITH ALL MY HEART..

IT'S mean ikhlas..

ya..itulah jwpnnya!

April 20, 2011

PENTINGkan yang PENTING


Assalamualaikum kawan2...

harini sy ada dpt perkongsian daripada seorang Pensyarah sains saya.Dia seorang yang berdedikasi dan komited dgn amanah yang dipertanggungjawabkn pdnya...

Kalau dia masuk kelas..dia pasti akan berkongsi kata - kata motivasi dengan kami saya dan kwn2 kelas yg lain..

jadi..saya nak berkongsi sesuatu ttg apa yg diperkatakn oleh pensyarah sy pg td..

katanya..

kita kena PENTINGkan yang PENTING..

maksudnya kt sini...

kena kena lakukan dan selesaikan sesuatu kerja yang penting dahulu sebelum kita melaksanakan kerja yang kurang penting..

huhu..abis, mcm mana dgn keadaan sy yg tengah menulis kt blog ni? ini penting ke?


mm...bg sy penting..sbb..mgkn perkongsian sy ni akan membantu seseorng yg tengah kebuntuan..mane tahu kn....skadar peringatan buat semua..

bukankah peringatan itu bermanfaat..cthnya dlm surah...

Al-A'la, ayat 9....oleh sebab itu berikanlah peringatan, kerana peringatan it bermanfaat..

insyaAllah, mari kita PENTINGkan yang penting dulu..then, baru kita relax2 k..


orait, all da best utk semua..salam=)!!

April 06, 2011

BPA ubah lelaki jadi wanita


Salam semua..ape khabar??
harap semua sehat..


lame rasanya tak mencoret sesuatu dalam blog ni..

agk bz sebab tengah berpraktikum...
praktikum pertama, jadi banyak perkara baru yang perlu dibereskan..

walaupu begitu..kat sini nak kongsi seustu yang telah dibaca pd blog seseorg..

terkejut gak..

tapi kawan2 baca la dulu ya..=)




KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan




AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.
Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.
Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.
“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.
“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.
“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.
BPA
Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.
“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.
“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.
Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.
Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.
Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.
“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.
“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.
“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.
“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.
Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.

AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.




“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.
“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.
“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.
“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.
Klorin
Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.
Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.
Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.
Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.
“Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Jurnal.
Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.
Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.
Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.
Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

March 12, 2011

nilai tarbiyah pada kehidupan tika ini..


alhamdulillah..

lawatan haritu ke kL byk beri pengetahuan baru pd ak..
bukan mudah nak pergi ke tmpt org..

haritu ak g mlawat Majlis Sukan Negara (MSN) ngn Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ),..
barulah dpt kenal sekolah yg byk melahirkkan atlet2 negara..cthnya..azizulhasni awang, elaine koon, danial beego n ramai ag..

atelt ni..mrk bgitu disiplin..pd masa..n rutin harian mrk bgitu pack..bagi ku..mereka dengan dunia mereka..hidup mereka dengan sukan yang mereka wakili....

sgt padat..
lagi2 bg atlet elit spt Dato' Lee Chong Wei..

sampai tiada masa utk bercinta.!
ya setiap orang punyai kehidupan yang berbeza..


tp segala apa yg atlet2 ni perolehi ini sgt berbaloi dgn apa yg mereka usahakan..
mereka dpt pulangan yg sungguh lumayan, dan insentif serta elaun bulanan yg menyara hidup mereka..

perkara itu sangat indah di pandangan mata,

namun tanpa pengetahuan kita..kesenangan yg diperoleh itu..adalah dugaan untuk kita..
Allah berfirman dlm Quran,

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (surga). Katakanlah, ‘Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) istri-istri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.�?
(Ali Imran: 14-15)

takut sgt kalau2 kesenangan hidup kita di dunia ini melalaikan dan melekakan kita..
kerana kehidupan kita di dunia ini hanya sementara..

Allah menjelaskan betapa dunia merupakan tempat sementara yang penuh dengan kekurangan,

“Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warn
anya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.�?
(al-Hadiid: 20)

mari kita bermuhasabah dengan waktu kita yang lalu..

dan bakal kita tempuhi..
memang hidup di dunia ini sangat mempersona..
sehingga kita selesa dengan kehidupan kita..
tanpa memikirkan orang di sekeliling yang mungkin tercari2 sinar untuk berubah..

dan di kala itu..kita sebagai khalifah..tidak datang untuk membawa mereka mengenali dan mendekati Allah..

sgt teruklah diri kita ini..


satu ungkapan dari seorang sahabat,

" kalaulah syurga itu seperti indahnya lautan biru yang terbentang luas..seperti pantai yang menyenangkan diri, menenangkan jiwa..
ana sanggup untuk galas dan matangkan diri ana..untuk jalan tarbiyah ini..kalaulah pulangannya seindah itu..ana sanggup..

walaupun ana tahu..usia ana masih muda untuk galas semua itu...."

inilah ungkapan dari seorang sahabat ana yg sangat ana kagumi..yang mana semangatnya terus membara untuk terus berbuat, dan mentarbiyah dirinya dan juga orang lain..


sehinggakan terkadang aku tertanya pada diri...

di mana semangatku tatkala akhwatku ini begitu yakin akan kemampuan diri..

sedangkan diri ini masih di takuk lama..

bangkitlah wahai diri!!
tarbiyah diri...dan juga orang di sekelilingmu..


Wahai adikku...
semoga Allah merahmati dan memberkatimu..

ukhwahFillah abadan ABADa..


March 04, 2011

Tarbiyah Is not EvERythiNG, BUT EverYTHING is NothiNG wITHOUt TARBIYAH..just believe IT!



Salam, insyaAllah..
post kali ini sy nak berkongsi mengenai apa makna tarbiyah yg saya baca dari buku Menjadi Murabbiyah Sukses karya Cahyadi Takariawan dan Ida Nur Laila..


Di dalam Quran, banyak sekali dijumpai dengan kata Ar-Rabb yang menurut Inbu Manzhur, diturunkan dari akar yang sama dengan kata tarbiyah.

Abul A'la Al-Maududi menyatakan, bahawa di antara makna implisit kata Rabb adalah "mendidik dan memberikan perhatian". Al- Qurthubi berpendapat, kata Rabb dipakai untuk menggambarkan siapa saja yang melakukan sesuatu menurut cara yang sempurna.

Imam Baidhawi dlm kitab tafsir Anwar At- Tanzil wa Asrar At-Takwil menjelaskan bahawa pd dasarnya kata Rabb itu bermakna tarbiyah, yg ertinya memproses sesuatu sehingga mencapai kesempurnaan setahap demi setahap.

Muhammad Qutb pula menggambarkan proses tarbiyah dlm Islam seperti menggesek biola, " Ia menganalisa fitrah manusiaitu secara cermat, lalu menggesek seluruh senar dan seluruh nada yang dimiliki oleh senar2 itu, kemudian mengubahnya menjadi suara yang merdu..ia tak menggeseknya secara sebahagian yang menyebabkan iramanya tak sempurna dan tidak mengungkapkan irama yang indah sampai ke tingkat gubahan yg paling mengesankan."


Proses tarbiyah itu berterusan dan suatu proses yang panjang...

bagi saya sendiri, tarbiyah itu merupakan perubahan pd diri..dimana dari diri yang masih tak jelas akan tujuan hidup kepada lebih menuju kepada tujuan hidup ini iaitu kerana Allah semata..

Tarbiyahlah yang mengubahku seperti sekarang..dan ianya merupakan sesuatu yang amat manis..

saya percaya..Tarbiyah bukanlah segalanya, tetapi segalanya tak bermakna tanpa tarbiyah..


insyaAllah..
sy akn berkongsi lg mngenai tarbiyah pd post akn dtg..

slm ukhwah..
moga kita sentiasa berusaha untk menggapai redho Allah..=)

February 21, 2011

ANaLOGI diRI..

Salam..

Post kali ni nak kongsi satu perasaan dan pengalaman mengenai satu perkara yg mmg dh lame sy xwat..

N harini sy lakukan..


Sy dh lame tinggalkan mende tu..

Then ptg td, ngn smngtnya cuba try..

Mende tu xlah mrbahaya sgt..tp kalu main terjah je merbahaya gk..

Hehe..

Perasaan n pngalaman sy nk kongsi tu adalah….huhu, lompat tinggi..=)

Mest kawan2 suma penah bermain dn sudh biasa mlihat org lompat tinggi..

Dulu tym skolah rendah pnh jg wakil smpai daerah..sronok bila dpt melompat, tp bila masuk sekolah menengah..mmg tinggal terus, mcm2 faktor mnybbkan bakat tu xdkembangkn.. sekarang bila dah tinggal lama ase gerun pula...


Tp xpelah..mest ade hikmah dsebaliknya….;)


Nk djadikan cerita, smlm sy mencuba semula permainan itu sejak bertahun2 ditinggalkan..sbnanye di tmpt sy ade pmilihan utk wakil rumah, jd sy bg name utk lompat tinggi..sj try2..

Huh..cubaan prtame..lepas..naik lg…lompat dan bukk!..palang trjtuh..n sy pn tjtuh ats jg..

N utk kdua kalinya…., sy jd takut dgn tiba2 utk mlompat…lari n smpai d palang je sy blalu pg, xmlompat..

Apa yg sy nk kongc dsini..


Ade satu mind blocking d kpale sy..

Sy jd gerun n berdebar tbe2 utk mlompat..

Ngk palng n nk lompat, sy jd takut..smcm..

Mind setting mngtakan sy tak boleh lompat dan kate2 tu jdkan sy takut nk lompat, takut tak lepas, takut rempuh palang..n kate2 tu mnghalng sy utk mlompat lebih Tinggi..


Sy cube kaitkan ini ngn khidupan n dakwah


Dlm hidup, jika sy xberani utk mncuba sesuatu n sy selalu katakn xboleh..ianya akan betol2 jd xboleh..

Tp dlm hidup, kalau kte cuba jugak cbr diri kita utk wt sesuatu yg kita sebenarnya mampu lakukan..n perasaan takut kita yg mnybbkn ianya trhalang..namun kita cuba jg lakukan dgn satu mind setting..AKU BOLEH! Dan ianya pasti boleh..betOl..sy sgt pcaya ngn prkare tu…

Bgitu jg dlm dakwah, segalanya merupakan tarbiyah utk kita..jika kita kata kt diri kita, kita mampu utk ziarah, sillaturrahim, tadarus, dhuha, tahajud n baca mathurat..n kita yakin pd Allah..insyaAllah, kita mampu lakukan semua tu..jgn penah katakan aku tak mampu, aku xsempat nk wt semua tu.. aku tak boleh..dan ianya kan betol2 jd xboleh..

Sy nak analogikan tu ngn dosa..

ketika sy nak melompat..sy gerun betul utk melompat kali kedua..jd gerun semacam tgk palang yg tinggi tu..kenapa dlm berbuat maksiat n dosa tu jrg sekali perasaan spt tu muncul, perasaan gerun utk melepasi larangan Allah..

krn terkadang..

Ade dosa n maksiat yg kita tahu n tetap juga lakukan..dgn tiada perasaan takut, setakut utk melompat palang tinggi tu..dimana mmg langsung xberani utk mlepasi larangan Allah tu..knapalah bukn begitu..

Mmg diri ini tsgt rapuh..alangkah indahnya hidup ini, jika tiada noda2 hitam yg mengotorkn hati kita....krn noda hitam itulah yg mengeraskan hati, menutup jiwa, menghalang ilmu dan nasihat..


Ya Allah, kalaulah sekental itu imanku..

Ku mohon kau perteguhkan..

Kalaulah setinggi itu takutku..

Ku mohon istiqomahkan dlm diriku..

Agar takut itu, hanya padaMu..

Dan perasaan takut itu jg membentengku menderhakaiMu..

February 18, 2011

Pesan Hasan Al - Banna




1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali
membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar
Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...