March 24, 2010

BuANG bayi...dIMANAkah letaknya PERikemanusiaan??



Saban hari, kes buang bayi semakin mengambil tempat di dada2 suratkhabar..gejala ini memang sudah tidak bernoktah lagi.Masyarakat pula semakin jelek dan marah dengan sikap dan perlakuan buruk syaitan bertopengkan manusia ini.. dimana letaknya perikemanusiaan? dimana letaknya perasaan belas ihsan? adakah bayi itu minta dilahirkan? kenapa tegar diperlakukan anak2 kecil yang tidak bersalah itu seteruk itu??..

Ya Allah, jauhkan kami dari perlakuan itu..Nauzubillah.
Masyarakat pula sudah membuka mata. Semua orang harus memainkan peranan untuk membanteras gejala ni. Isu buang bayi, dera anak, bunuh anak..satu perkara yang tidak relevan jika dibandingkan dengan manusia sekarang yang semakin maju dari segi teknologi dan cara berfikir namun maih cetek utk membezakan yang betul dan yang salah. Bagaimana cara penyelesaian yang seharusnya dilakukan? kita harus membanteras dar akar umbi.. terjadinya kes buang bayi, terjadinya anak luar nikah adalah disebabkan pergaulan yg sgt bebas antara lelaki dan perempuan yang masing2 tiada malunya lagi. Dalam konteks ini, perintah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran oleh Nabi Muhammad saw wajar direalisasikan. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Demi diriku yg berda dalam genggamannya, hendaklah kamu menyeru kepada kebaikan dan hendaklah kamu mencegah daripada kemungkaran atau boleh sahaja Allah SWT menurunkan hukuman, kemudian kamu memohon pertolonganNya..dan kamu tidak ditolong,"
(Hadis riwayat Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah) Tanggungjawab ini tidak sepatutnya dibebankan hanya kepada golongan tertentu spt ustaz, imam dan penguatkuasa agama shj. Segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu membanteras kegiatan tidak bermoral yang berlaku di sekeliling mereka. Ia merupakn kewajipan yang harus dilaksanakan oleh semua pihak tanpa mengira tempat dan masa. Nabi Muhammad saw bersabda:
"Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya sendiri, jika tidak mampu hendaklah dicegah dengan lidahnya dan jika tidak mampu hendaklah dengan hati sekalpun itu adalah selemah - lemah iman".
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Oleh itu, marilah kita sama2 banteras perkara ini. Permulaanya, kita harus tekad pada diri kita sendiri dulu untuk jauh drpd benda2 yg boleh membawa kita kepada gejala ini iaitu pergaulan bebas, mendekati parti2 hiburan, bermain cinta dgn lelaki yg hanya utk penuhi nafsu semata, dan jgn terlalu percaya dgn apa yg ada di sekeliling kita..,
KATA KUNCINYA JAUHI SEGALA MAKSIAT, DAn DEKATI ALLAH! TINGKATKAN IMAN DLM DIRI..MOGA ALLAH LINDUNGI KITA, KELUARGA KITA DAN SAHABAT KITA DARI INI SEMUA..AMin.

ibu..ibu..
engkaulah..ratu hatiku..
bila..ku dewasa, engkau hiburkan selalu..
ibu...ibu..
engkaulah ratu hatiku..=)



March 15, 2010

KESIHATAN: AiR saNgaT peNTinG!!


Kita sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.

Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.

Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.
Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Perlu Diganti Segera

Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air).

Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.

Dahaga Bila Kurang Air

Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius.

Bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit, kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi menjejaskan penumpuan, tindak balas dan pertimbangan mereka.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat.

Tanda dan Kesan Kekurangan Air

Antara tanda kekurangan air termasuk: * Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif * Terlalu dahaga * Mulut kering * Mengantuk * Air kencing sedikit dan pekat * Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis * Lemah otot * Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah: * Kurang berpeluh * Mata cengkung * Tekanan darah rendah * Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal) * Denyutan jantung menjadi cepat * Demam * Meracau * Pengsan
Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.

Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.

Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.

Oleh itu, jangan abaikan pengambilan air dlm khidupan sharian k!

" Mukmin yg kuat lebih dicintai oleh Allah drpd mukmin yang lemah"

March 05, 2010

~** Wanita Acuan Al - Quran **~


Wanita Acuan Al-Quran

Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh
YangBersifat Jembalang


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat



Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullahYang
Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya


Wanita Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan


Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT







February 06, 2010

Berfikir sejenak - Kisah dua pemuda Perang Badar

Tahukah anda, terdapat kisah yang menarik mengenai dua orang PEMUDA ansar yang menyertai peperangan Badar. Mereka adalah Muadz bin Amr dan Muawwidz bin Afra'. Peperangan Badar di mulai dengan perlawanan satu lawan satu di antara tentera Islam dan bukan Islam. Apabila Utbah bin Rabi'ah (seorang panglima@pembesar bukan islam) mencabar untuk beradu tenaga, mereka berdua turut keluar bersama Abdullah bin Rawahah. Ketika di dalam peperangan , Abdul Rahman bin Auf berada bersama dengan kedua pemuda ansar tersebut. Di dalam hatinya (Abdul Rahman), beliau mengharapkan orang yang berada di kiri dan kanan beliau adalah orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dalam peperangan.



Namun, sesuatu perkara telah berlaku justeru mengubah fikiran beliau. Salah seorang daripada pemuda ansar tersebut datang membisikkan sesuatu kepada Abdul Rahman supaya tidak didengari oleh pemuda yang kedua. Katanya " Wahai Pakcik, adakah Pakcik kenal Abu Jahal? Aku dengar dia adalah orang yang paling banyak menyakiti Muhammad. Tunjukkan dia kepadaku. Aku ingin membunuhnya." Begitulah kemarahan pemuda tersebut kepada orang yang telah banyak menyakiti Rasulullah yang dikasihinya. Abdul Rahman bin Auf terkejut dengan pertanyaan tersebut dan beliau berjanji untuk menunjukkan Abu Jahal kepadanya. Selepas itu, pemuda kedua juga menanyakan perkara yang sama kepada Abdul Rahman bin Auf. Pada ketika itu, Abdul Rahman bin Auf berasa lebih tenang berada di tengah-tengah pemuda tersebut.

Abu Jahal di kawal ketat oleh orang-orangnya. Abdul Rahman menunaikan janjinya dengan menunjukkan kepada dua remaja tersebut yang mana satu Abu Jahal. Belum sempat Abdul Rahman menghabiskan percakapannya, kedua-duanya sudah melompat menuju ke tempat Abu Jahal. Mereka merempuh barisan tentera bukan Islam sambil menebas kiri dan kanan dengan pedang mereka. Akhirnya, mereka berjaya sampai kepada Abu Jahal dan memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal jatuh.

Semua orang tidak menyangkakan tindakan kedua pemuda tersebut. Abu Jahal telah cedera parah namun masih lagi bernyawa. Muadz bin Amr, salah seorang pemuda tersebut berada di tengah-tengah tentera kuffar dan telah di bunuh oleh Ikrimah iaitu anak Abu Jahal yang berada berhampiran dengan ayahnya. Manakala, Muawwidz bin Afra' sempat berundur tetapi malangnya, tangan beliau terpotong dan masih tergantung di badan. Beliau membalut tangannya itu dan terus berperang. Namun, tangannya itu menganggu pergerakannya. Lantas, beliau memijak tangannya itu dengan kaki dan memutuskannya agar beliau lebih mudah bergerak. Dia terus berperang dan akhirnya syahid dalam peperangan Badar.

Begitutlah hebatnya iman pemuda-pemuda tersebut. Walaupun masih belasan tahun, namun telah memainkan peranan yang begitu penting di dalam peperangan dalam menegakkan Islam.

Berapakah umur anda sekarang? Apakah sumbangan anda pada agama?

Jika pemuda ansar tersebut begitu sibuk menyebarkan Islam, apakah pula yang dilakukan oleh pemuda zaman sekarang?


Masih lagi ingin berfoya-foya dan bersenang lenang?

Fikir-fikirkanlah buat renungan diri.


Al-Mujtahidu

* Perang badar berlaku pada 2 Hijrah dalam bulan Ramadhan dan merupakan peperangan pertama muslimin menentang Kafir. Bilangan tentera Islam pada ketika itu adalah seramai 313 orang (ada pendapat mengatakan 314 dan 317 orang). Manakala tentera musyrikin adalah 3 kali ganda dari bilangan tentera muslimin. Kemenangan berpihak kepada tentera muslimin

Diambil drpd http://www.duniadeen.com

January 22, 2010

masih bernyawa..

Bismillah...

suka juga utk ak mulakn dgn pujian2 kpd Allah...Alhamdulillah3..

syukur sgt dgn kurniaan Illahi..
jasad yang masih bernyawa,
anggota bdn yg masih sihat,
otak yg masih cergas,
keluarga yg bahagia,
kwn2 yang masih menyayangi dan disenangi..
kbahagian dan ketenangan yg xpernah putus..

alangkah pemurahnya dia..Thank you ya Allah!


masih bernyawa ini..
ku tuju hanya utk diri..

kerna makin bertmbahnya usiaku...
makin matang diri,

makin matangnya usiaku...
perlu makin ku ingat diri...

makin ingatku pada diri ini..
makin dekatku pada Illahi..

makin dekatku pada Illahi..
ku xperlu lg rasa sunyi...
rasa lonely, rasa irihati, rasa itu dan ini..

KERANA KEYAKINAN DUNIA ITU MAINAN DAN FANTASI, AKHIRAT ITU KEKAL ABADI,
SUDAH CUKUP BUATKU RASA MAHU KERJA DAN DAKWAH LAGI,
BERIBADAH DAN BERIBADAH LAGI,
USAHA DAN USAHA LAGI,
UNTUK MENJADI SANG BIDADARI..
DI SYURGAWI..

KU INGIN dan sangat kepingin MILIKI CINTA MU YA ALLAH,
BERKATI AKU,
JGN KAU BERPALING DARIKU YA ALLAH,
DAN JAUHILAH AKU DARI MENJAUHI MU...

AMIN.


~aku yang pingin syurga~

January 14, 2010

Ya Allah, ampuni dosa hambamu Ya Allah!

artikel ini aku dapati dari seorang sahabat,
sungguh menginsafkan..

kalau boleh ak nak kongsi kpd sesiapa yg tgh mmbaca blog ni..
supaya kita tak akan lagi atau tak akan pernah utk dekat dgn MAKSIAT,

TAKUTILAH BALASAN DI AKHIRAT NNT!

..............................................

Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.

Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati perut. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri.
Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya Nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.

“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa geli menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib>>

Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.

............................................



utk ak..nasihat ini mmg sentiasa utk aku....

Bimbang benar hati ini, andai dalam kalangan kita yang lantang melabel diri sebagai pejuang Islam selama ini, namun tewas menghadapi tarbiyyah hati dari Ilahi.Bila direnungkan kembali, apakah mungkin diri ku yang sehina ini bisa menghalang diri dr terjerumus ke lembah nafsu.

Teman-teman, Rabb yang esa telah memberikan kita hanya satu hati, namun hati inilah yang paling sukar dijaga dan dipelihara. Saat ujian dan tarbiyah Ilahi mengetuk pintu hati ini, kita perlu berusaha dan bermujahadah semaksimum mungkin. Kadang-kadang terdetik jua di hati kecil yang kotor ini, salahkah kiranya diturut sahaja kehendak dan nafsu muda ini? Mengapa kita perlu berusaha sepenuhnya memelihara hati? Saya kira persoalan ini pasti mampu dijawab dengan lancar hanya dengan bicara kata namun, untuk merealisasikannya dengan tindakan, hanya diri kita dan Allah yang tahu sejauh mana usaha dan kemampuan kita itu..

(PETIKAN DARI BLOG SEORANG TEMAN,,..)

January 07, 2010

Tahun 2010..suatu permulaan?

alhamdulillah..

akhirnya!!
kita masih terus dan terus melangkah, ade kala terjatuh..
ade kala merangkak..ade juga kalanya kaki ini berlari Maju dan laju...

seTiAP jatuh bangun yang lalu..
pasti mNINGGALkan sakit, luka..
ia pastinya pngalaman dan kenangan yg pasti sukar dan payah dilupakn?

lagi2 jika ianya berbekas dan berparut di hati

ye enGGAK??..(^_^)

namun..stiap kali yg jatuh itulah..yg mmbuatkan kita bangkit dan terus bangkit..
hasilnya..


kita BERjaya menempuhi tahun Lalu dgn baik sekali..
jika tIdak masaKan seTIap kali thun berlalu,
dan tahun baru mnjengah tiba...
kita masih bisa terSenyum, walau hati brdebar tiada siapa yg duga..

mnanti keputusan periksa ibarat bulan jatuh ke riba (hiperbolanya..

akhirnya, peroleh sesuatu tak disangka..
namun ingatlah segalanya itu dari Allah semata,
memang usaha, memang dah cuba..

tp jgn sesekali gelap mata!
lupa segala..

dan jgn sekali putus asa..
RahmatNya ada sentiasa....
yg PASTI kitalah yang harus sentiasa terbuka..
lapang dada..

mulakan TAHUN 2010 ini..dengan semangat lebih membara...ya??!!


AllahuAkbar!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...