October 10, 2010

akhlak berKADAR langsung dgn Iman

Islam sangat menitikberatkan mengenai akhlak, sehinggakan dalam setiap ibadat yg difardukan keatas kita spt solat, puasa, zakat serta menunaikan haji mempunyai tujuan sebagi pembentukan akhlak.

mElalui sabda Nabi s.a.w,

Sesungguhnya perbuatan jahat & ungkapan keji bukanlah drpd (ajaran) Islam. Islam seseorang yg paling bak ialah mereka yg paling mulia akhlaknya. (Riwayat at-Tirmizi)

dan sesungguhnya Nabi Muhammad sendiri mempunyai akhlak yg sgt mulia, akhlak yang agung sehingga dipuji oleh Allah iaitu..dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia (al-Qalam:4)

melalui solat itu sendiri. terdapat hikmah disebaliknya. Firman Allah Taala:

Dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya smbahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...(al-ankabut:45)

Terdapat banyak cabang iman, sabda Rasulullah s.a.w: Iman terdiri drpd 60 lebih / 70 lebih cabang. yg paling tinggi ialah penyaksian tiada tuhan selain Allah dan yg paling rendah ialah membuang halangan yg menyakiti di jln. Malu merupakan satu cabang iman. (Riwayat Muslim drpd Abu Hurairah)

Ketika al- Quran al- Karim memrintahkan beraklak mulia, ia memfokuskan kpd syarat iman dlm jiwa mukmin..iaitu wahai org2 beriman..

jika kita membaca Al-Quran al- karim jg, tidak akan temui pemisahan antara iman, akhlak dan ibadat. semua adunan sifat mukmin adalah adunan cantik antara akhlak yg mantap dan ibadat yg sahh. kedua - duanya tidak terpisah.

Maka jelaslah, di dlam Islam akhak yg mulia merupakan sesuatu yg menjadi tunggak kpd keimanan itu sendiri. Akhlak yg buru tanda kelemahan iman,

Hendaklah kita sama - sama mencontohi akhlak Nabi Muhammad..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...