November 01, 2011

Pentingnya mengenal Allah

Adakah kita benar - benar mengenal Allah?

Adakah wujudnya perasaan takut yg mendalam dlm diri dgn mengenal dan mengetahui kekuasaan Allah?

Adakah kita mencintai Allah? dengan sambil tawadhuk melaksanakan perintahNya..patuhi suruhanNya dan jauhi laranganNya?

Allah Maha Agung,
Allah Maha Besar..

Segala puji hanya bagi Allah..


Apakah keadaannya jika kita benar2 mengenal Allah?

Pertama:

Orang Yang Mengenal Allah Merasa Takut Kepada-Nya

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya yang merasa takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu saja.” (QS. Fathir: 28)

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “…Ibnu Mas’ud pernah mengatakan, ‘Cukuplah rasa takut kepada Allah sebagai bukti keilmuan.’ Kurangnya rasa takut kepada Allah itu muncul akibat kurangnya pengenalan/ma’rifah yang dimiliki seorang hamba kepada-Nya. Oleh sebab itu, orang yang paling mengenal Allah ialah yang paling takut kepada Allah di antara mereka. Barangsiapa yang mengenal Allah, niscaya akan menebal rasa malu kepada-Nya, semakin dalam rasa takut kepada-Nya, dan semakin kuat cinta kepada-Nya. Semakin pengenalan itu bertambah, maka semakin bertambah pula rasa malu, takut dan cinta tersebut….” (Thariq al-Hijratain, dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir [5/97])

Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi

Artikel www.muslim.or.id

bila dah lama tak bukak blog..

Assalamualaikum..w.b.t...semoga sahabat2 semuanya sihat hendaknya..

nampaknya dah terlalu lama sy membiarkan blog ini terkubur..tanpa pesan, tanpa perkongsian..


aduh..
maafkan sy ya semua..

mmg niat d hati mahu mencoret jua brg sepatah dua kata, tp..apakan daya

tak kesampaian..

alhamdulillah..dpt jg harini utk mencoret sesuatu..

mOga mnjd perkongsian utk semua..=)




September 11, 2011

Tips Kuatkan daya Ingatan

Salam..perkongsian ini untuk adik aku..amir..

moga perkongsian ini membantu ya..

insyaAllah..
all da best=)!!

diambi drpd blog:
http://abangraja.blogspot.com/2011/05/tips-kuatkan-daya-ingatan-puasa-membaca.html

Terdapat banyak cara untuk menguatkan daya ingatan kita.

Cara yang paling bagus dan menjadi amalan abangraja ialah amalan membaca Al-Quran (bagi yang beragama Islam), berpuasa dan bersugi. Abangraja yakin adik-adik pasti bersetuju dengan pendapat abangraja kerana tips ini abangraja ambil dari kata-kata khalifah terakhir Islam daripada Khulafa Al-Rasyidin, Saidina Ali Bin Abu Talib r.a., “Terdapat tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham iaitu bersugi gigi, berpuasa dan membaca al-Quran.”

Bersugi; zaman nabi-nabi dulu bersugi dengan menggunakan kayu siwak terutamanya kayu zaitun kerana baunya harum dan dapat menghilang penyakit gigi. Sekarang dah ada kemudahan berus gigi yang bermacam-macam jenis dan ubat gigi yang bermacam-macam perisa. Yang penting pilih yang HALAL ye. Takkanlah tak gosok gigi walaupun sekali dalam sehari kan? Apa kata kalau amalkan bersugi setiap kali sebelum solat, lagi bagus~. Banyak sebenarnya kelebihan bersugi;

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.
( Riwayat Muslim )

2) Dapat menajamkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
5) Dapat menggandakan pahala.
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.


Berpuasa; selain berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, apa kata kita amalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Sekiranya abangraja tidak mempunyai program pada hari Isnin dan Khamis, abangraja akan usahakan juga untuk berpuasa sunat. Bukan setakat abangraja yang puasa, staff abangraja pun ikut berpuasa. :)


Definisi puasa pula bukannya terhad kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja. "Asal sebut puasa je, tak makan tak minum kira ok lah". Bukan macam tu. Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Bukan setakat itu sahaja, kita juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.Penglihatan dan pendengaran kita juga hendaklah dijagadaripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilihat dan didengar. Faham?? Dah tahu cerita-cerita omputih ada yang pakai singkat-singkat, buat apa tengok. Cerita hindustan guling-guling turun bukit nyanyi pakai sari, tak ke kurus puasa kita kalau tengok. Jadi, tukarlah channel. Tengok Jejak Rasul ke, or Astro Oasis, lagi bagus! Dengar ayat-ayat Al-Quran pun lagi better dari dengar lagu ayat-ayat Cinta. :)

Membaca Al-Quran; Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Al-Quran adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaranbagi semua umat manusia di dunia ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)


Jadi, carilah kesempatan untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Kalau boleh, amalkan membaca Al-Quran setiap kali selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib. Awal-awal memang susah nak jadikan amalan, tetapi bila dah jadi amalan, sehari tak baca Al-Quran, rasa serba tak kena. Dan baca sekali dengan tafsirnya sekali ye. Baru faham apa yang dibaca dan meresap ke dalam jiwa. Jom jadikannya sebagai amalan bermula dari sekarang :)

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran."


Dan, amalkan juga membaca ayat-ayat di bawah di waktu pagi dan petang, yang tanpa kita sedari kebanyakannya merupakan ayat-ayat hafazan pelajar Sekolah Menengah dan juga terdapat dalam Al-Mathurat. Perasan tak?


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.


Jadi, amalkan dahulu tips dan ayat-ayat di atas. Tapi perbetulkan niat kerana Allah s.w.t. ye, bukannya untuk ganjaran pahala semata-mata. Abangraja akan kongsikan lagi tips-tips lain selepas ini. Abangraja perlu pecut ke Kuala Terengganu. Esok ada program di salah sebuah sekolah di sana. Jumpa lagi. :)


------perkongsian lain nnt akak tambah ag..salam!

September 09, 2011

Siapa nak beli buku!!=) Penerapan nilai2 Murni dalam pengajaran Sains


Assalamualaikum..


Siapa yang berminat untuk beli buku bagi pengajaran Sains..

Buku ini adalah hasil penulisan pensyarah saya iaitu, Dr. Nik Zaharah bt Yaacob..

Buku Penerapan Nilai - nilai Murni dalam pengajaran Sains..

Beliau berhasrat untuk berkongsi ilmu yang ada khususnya pada kumpulan sasaran:

- Guru - guru Sains,
- Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru
- Pendidik / Guru / Pensyarah IPTA & IPTS
- Individu2 lain yg berminat

Isinya bagus dan boleh dimanfaatkan bagi P&p nanti =)

kalau sahabat2 nak beli..harga pasaran RM 24.50 utk semenanjung Msia, dan RM 27.50 utk Sabah&Srawak..

kalau nak..bolehla hubungi saya..atau komen pada post ni k..=)

Syawal Penentu Natijah Ramadan


Alhamdulillah..

syukur, akhirnya ada juga kesempatan utk ak mencoret sesuatu lg kt sini..

Suasana raya masih terasa memandangkan baru semalam berpeluang menyambut Aidilfitri bersama adik2 dan kawan2 tersayang di rumah sewa..Sambutan Aidilfitri yang dibuat telah mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara kami semua..

moga adik2 semua terus istiqomah dalam mencri ilmu ;) begitu juga rakan2 ku yang lain..moga semakin membara dalam dakwah=)

Tersentuh dengan pengisian yang telah dikongsikan oleh seorang akhwat ni, pengisian yang sangat bagus, sangat bermakna..

mengenai bagaimana kita nak kekalkan MOMENTUM RAMADAN kita, setelah berakhirnya Ramadan ini..

Yang pertama adalah:
1) Istiqomah dalam amalan sewaktu Ramadan
- xde istilah Pencen ibadat"
- amalan yang diteruskan menggambarkan penerimaan amalan yang telah dilakukan pada
bulan Ramadan
- Jika semasa Ramadan, kita bersemangat melaksanakan ibadat, boleh2 je habiskan satu
juzuk sehari, g berjemaah di masjid, sedekah n macam2 lagi kebaikan yg dilakukan...namun bila tiba syawal kenapa tangan kaki berat utk mlngkah ke masjid, mulut berat melantun
ayat Quran, tanga berat untuk memberi sedekah..? Adakah kita beribadat krn Allah atau
krn bulan Ramadan? Kalau kita beribadah krn Allah? kenapa amalan itu tak
diteruskan?..huhu...jadi sahabat2, mari kita istiqomah..

2) Banyakkan amalan sunat
- Mulakan dgn amalan sunat pada bulan Syawal
- Puasa enam
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim)
- Ziarah - menziarahi

3) Bersederhana
- Menyambut Aidilfitri dalam kesederhanaan
- Menjaga ikhtilat semasa ziarah/jamuan
- Qanaah (bersederahana) & bersyukur
- Elak Riak dan penyakit hati

4) Bermujahadahlah
- Mujahadah jambatan kepada Taqwa (dlm Al- Masas Fit Tafsir, Said Hawa berkata..taqwa
hasil drpd hidayah, hidayah hasil drpd mujahadah....)
- Nak Mujahadah kena ada ilmu
(ilmu memang perlu dicari, kalau kita duduk diam je..ilmu tak akan cari kita..untk mulakan
langkah yang seribu..ia bermula dengan satu langkah..kita perlu mencari ilmu..melalui
majlis2 ilmu yang dibuat..dan apa sahaja methods yang bersesuaian..carilah sahabat yang
membantu)
- Prinsip Mujahadah adalah istiqomah

5) Sibukkan diri dalam KEBAIKAN dan hal2 yang menguatkan iman
- hadiri majlis Ilmu
- Tingkatkan kefahaman untuk beramal
- Berada dalam kalangan sahabat yg soleh
- Perbaiki amalan fardhu dan tingkatkan amalan sunat

"..KALAU KITA TAK SIBUKKAN DIRI DGN HAL YANG BAIK,KITA AKAN DISIBUKKAN DGN HAL YG BURUK.."

Jadi.....

Jom, istiqAmah..
istiqamah..

kita manusia, sangat kerdil..sangat2 kerdil..
tapi Allah mengangkat kita sebagai ciptaannya yang mulia..

Umat Muhammad, umat paling mulia..
mesti ada "something" pada kita yg membuatkan kita istmewa pd Allah..

kita ada keistimewaan..
jadi pergunakannya untuk sesuatu yang lebih baik..

insyaAllah..Bi iznillah


August 25, 2011

mcm duk oversea dh ha..

assalamualaikum w.b.t...

post kali ni..

cuma cerita pasal diri..
yang sudah bertapak di rumah mak dan ayah..

kerinduan semenjak 2 bulan lalu..akhirnya terubat jua..

nk katenye mcm duk over da sea dh ha..lame sungguh tak balik...

hehe..

papepn..


bila dah duk di rumah..
tanggungjawab kita..
memang tak kan berhenti..

jika di hostel.
kita boleh mengajak shbt2 mengimarahkan majlis ilmu..

kita bina biah solehah di tempat belajar kita..

dan tanggungjawab tika pulang di rumah jg begitu..

sejak menjejak kaki d rumah..till now.....

ak masih belum stat mengemas mane yg patut..

tp perancangan tu ade..
cuma, perlaksanaan tu..

mmg sgt perlu paksa diri dan menunjukan contoh yg baik..

of course pd adik2 kt umah ni..

n pd mama abah lagilah kn..

anyway....
hopefully..
shbt2 di luar sane...


walaupun dah berada d rumah masing2..keep it up, doing ur best, serve da best u can do...to all ur family...


bukan topup tido yg tak cukup time kt hostel or topup tengok tv, makan or something else yg melalaikan..


suka kata2 ni..

"Allah menguji keikhlasan hati bila kita bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah, Allah melatih kita dgn kesabaran dlm kesakitan, Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan lebih baik.."


August 20, 2011

...alah bisa, tegal biasa..=)

pernah dengar tak pepatah ni?

mest pernah kn?
ia seringkali digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara yang sudah biasa dibuat..

mulanya sukar, namun..bila dah biasa..ia dah jadi mudah dan sebati dengan diri kita..

ia juga ada kaitan dengan pepatah ni..

sikit-sikit, lama2 jadi bukit..

perkara yang kecil, bila kita usahakan akan menjadi besar dan membuahka satu hasil yang lumayan..

apa yg nak dikaitkan di sini..pepatah tu sgt dekat dengan ISTIQOMAH..



apa tu istiqomah?

istiqomah adalah satu perilaku yang kita lakukan secara konsisten dan berterusan..

seorang anak kecil..bertatih..bertatih, jatuh dan bangun kembali..akhirnya dia dpt berjalan dan berlari..

die tak pernah putus asa utk terus mencuba dan mencuba..walupun jatuh..sakit, die masih teruskan..dan akhirnya..dia berjaya jg..


untuk kita..
pernah tak kita rasa lelah utk terus uistiqomah dalm perkara kebaikan..

cth..bg salam..
mm..solat awal waktu..
mengaji, doakan kedua ibu bapa..

pernah tak rasa malas dan susah sgt nk istiqomah..

ya..perkara yg biasa terjadi pd ak jg..
namun..

memang perlu lawan..mcm nak kecil tu..
sebab, yakinlah...

dalam kita istiqomah membuat perkara kebaikan..

pasti akn mendatangkan hasil yang lumayan..=)

keep it up!!


Ibn al-Qayyim Al Jauziah menyatakan: “Istiqamah adalah perkataan mencakupi semua aspek dalam agama. Ia adalah berpegang teguh (tidak berubah) kepada keimanan kepada Allah sama ada ucapan, perbuatan mahupun niat.”

Banyak ayat al-Quran menyebut perihal istiqamah dalam beriman antaranya firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul seperti mana diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum Allah sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah Hud, ayat 112).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...