SHAHADATUL HAQ atau dalam erti kata lain penyaksian atas kebenaran.
Apa yang dimaksudkan dengan kebenaran ini??
Sebagai umat islam,bukankah hari-hari kita mengucapkan shahadah,
“Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah,Dan Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah.”
Inilah kebenaran yang wajib kita saksikan kepada orang lain tak kira kepada muslim ataupun non-muslim. Namun, penyaksian bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah itu TIDAKLAH CUKUP DENGAN HANYA melaksanakan rukun islam semata iaitu solat, puasa, tunaikan zakat dan haji. Ianya adalah lebih daripada itu semua.Jika kita lihat di dalam Al-Quran, Allah banyak berfirman tentang tanggungjawab shahadatul haq ini:
“Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), "umat pertengahan"* agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu..” (Al-Baqarah:143)
*Umat yang adil, yang tidak berat sebelah baik ke dunia maupun ke akhirat, tetapi seimbang antara keduanya.
“Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?".. (Al-Baqarah:140)
Umat pertengahan… ertinya, kita adalah saksi pada kebenaran. Rasulullah telahpun menyampaikan kebenaran itu kepada kita. Sekarang merupakan tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebenaran itu pada insan lain...
Jelaskan disini, bagaimana Allah menuntut kita untuk melaksanakan shahadatul haq dan Dia murka kepada hambanya yang tidak melaksanakan tanggungjawab ini. Namun, persoalannya bagaimana dan apa yang perlu kita lakukan??
Adakah kita hanya duduk sahaja, sambil berpeluk tubuh melihat kemungkaran di depan mata ataupun buat2 tak nampak sahaja..ataupun membiarkan orang lain sahaja yang lebih banyak ilmu agamanya untuk menegur saudara seIslam kita yang semakin leka kerana merasakan diri masih kekurangan untuk menegur mereka, malu atau malas??
Marilah saudara Islamku semua..ajaklah dan berbuatlah dengan mengajak insan-insan lain kembali pada Allah...dekatkan diri dengan Al-Quran kerana jika umat Islam jauh dari ajaran Al-Quran dan As-Sunnah kita akan menyimpang jauh dari ajaran Islam itu sendiri.
Dengan erti kata lain....dakwah... tapi, perkataan dakwah ni, kadang2 jadi perkataan yang sgt sensitif bukan? mm..kenapa ye...salahkah kita untuk mengajak insan lain kepada yang haq...
Dakwah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasul-Nya..
Tak cukup dengan hanya beriman...
Tak cukup dengan hanya menjadi orang yang melaksanakan solat, puasa, buat perkara2 kebajikan, dan lain2...
Tapi kita perlu pamerkan, perlu tonjolkan Islam itu yang sebenar.....
Dan yang paling PENTING, kita perlu tunjuk dan ceritakan kepada orang lain... barulah tanggungjawab kita terlaksana...
Contoh yang kita boleh nampak di sini ialah...para sahabat, bila dia dah dapat Islam, mereka akan sampaikan kepada orang lain, mereka tak simpan sorang2... mereka tidak hanya menjadi orang yang solat, puasa, dan lain2. Tapi, mereka menjadi orang yang menyampaikan isi islam itu kepada orang lain...
Buktinya?
Lihat Mus’ab bin Umair... satu Mekah menerima Islam…
Lihat Abu Dzar.... dapat je dari Nabi Muhammad, segera kembali ke kampung halamannya sampaikan pada seisi kampung...
Tidak mahukah kita menjejaki mereka?..
Kalau kita renungkan balik firman Allah dlm kedua2 ayat di atas,jelas pada kita tentang kewajipan shahadatul haq. Jelas juga pada kita bahawa di akhirat kelak,Allah akan mempersoalkan apa yg telah kita lakukan sebagai penyaksian kpd kebenaran itu….
“Dan jika Allah mengkehendaki niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Dia menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Tetapi kamu pasti akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan.” (An-Nahl:93)
No comments:
Post a Comment