slm..sekadar ingin berkongsi sedikit pmbacan yg diperoleh dr seorg shbt berkaitan dgn kes kartika, seorang Islam namun dtngkap krn meminum arak di khlayak ramai..
boleh view kt bwh,
Saya tertarik dengan isu “sebat” yang melibatkan seorang wanita Islam yang telah dijatuhi hukuman sebat enam kali oleh mahkamah Syariah salah sebuah negeri di semenanjung tanah air kerana disabitkan kesalahan minum arak.
Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 telah dijatuhkan hukuman denda RM 5000 dan 6 kali sebatan oleh mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah tertuduh mengaku bersalah (sabit secara IQROR,alternatif dua saksi lelaki) meminum minuman keras itu di salah sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2009.Kartika adalah seorang model sambilan.
WANITA PERTAMA
Istilah wanita pertama biasanya membabitkan seorang isteri pemimpin utama negara.Namun,dalam isu KARTIKA ini,beliau adalah wanita pertama yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah hukuman sebat.Sudah tentu kes beliau akan menjadi kes rujukan selepas ini apabila membabitkan wanita dalam kes seumpama ini.
Berani sungguh wanita ini dan beliau sanggup untuk menerima hukuman berkenaan.Walaupun ada pihak meminta supaya wanita ini merayu,beliau tetap enggan dan ini menandakan wanita ini telah insaf dengan kesalahan tersebut.
Namun,saya agak terperanjat membaca komen MAJLIS PEGUAM yang suka mempersoalkan perundangan syariah di negara ini yang meminta agar hukuman sebat ini dibatalkan kerana ianya adalah melanggar hak asasi manusia.
Mengapa undang-undang sebat ini dianggap membahayakan dan tidak sesuai?
HUKUMAN SEBAT MENURUT PERSPEKTIF SYARAK
Sebat adalah salah satu hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak.Meminum arak adalah antara kesalahan jenayah syariah yang boleh disebat berdasarkan dalil syarak yang telah disepakati oleh para ulama.Sebuah hadith soheh Muslim ,dari anas R.A,beliau menyatakan bahawa “rasulullah S.A.W memukul orang yang meminum arak dengan menggunakan pelepah tamar dan selipar sebanyak 40 kali”.
Dalam sebuah hadith yang lain juga,rasulullah S.A.W turut menggunakan peralatan selain pelepah tamar dan selipar iaitu tangan dan baju.Ini disebutkan dalam hadith soheh Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A kata beliau : “Nabi S.A.W telah didatangi oleh seorang yang mabuk.Lalu baginda mengarahkan agar pemabuk itu dipukul.Maka,ada diantara kami yang memukul dengan menggunakan tangannya,ada yang memukul dengan menggunakan seliparnya dan ada yang memukul dengan menggunakan bajunya”.
Dari kedua-dua hadith berkenaan,dapatlah kita tahu bahawa alat yang digunakan untuk memukul adalah pelepah tamar,selipar,tangan dan baju.Manakala kadar pukulan atau sebatan adalah sebanyak 40 kali berdasarkan hadith yang telah dinyatakan tadi.Namun,di zaman saidina Umar AL Khattab,beliau menambah sebatan sebanyak 40 kali sebatan lagi sebagai TAKZIR menjadikan pukulan atau sebatan tersebut adalah sebanyak 80 kali.
Untuk melaksanakan hukuman sebat atau pukul ini,bukanlah ianya semudah bicara kerana ianya telah ditetapkan dengan beberapa etika yang telah ditetapkan oleh syarak.Secara ringkasnya,SYARAK telah menetapkan tempat pukulan adalah disemua anggota kecuali di “tempat yang boleh membunuh”,muka dan kepala.
Maksud “tempat yang boleh membunuh” adalah tempat di mana terletaknya jantung dan kemaluan.Ini adalah kemaluan turut akan membunuh si pesalah termasuk MATI PUCUK.Disamping itu tangan si pesalah tidak boleh diikat dan ditakuti seperti dikasari oleh penyebat atau dilayan dengan muka bengis sebelum dan semasa menjalani hukuman.
Manakala si penyebat pula adalah dilarang mengangkat tangannya sehingga Nampak ketiaknya atau dalam erti kata yang lain menyebat dengan sekuat hati.Yang boleh diangkat adalah bahagian depan tangan atau tangan ukuran hasta (zira’) dan bukan lengan bahagian atas (a’dhud).Penyebat hendaklah menyebat dengar kadar pukulan yang sederhana antara ringan dan kuat dan bukan terlalu ringan atau terlalu kuat.Paling penting,si pesalah mestilah menutup aurat dan bukan dibiarkan terlanjang.
Dengan ini,dapat disimpulkan bahawa hukuman pukul atau sebat ini adalah merupakan hukuman yang “memberikan pengajaran” dan “mencegah” dan bukan menghukum semata-mata.Inilah ROH PERUNDANGAN Islam yang perlu dihayati oleh semua pihak.
..Moga Kita ambil iktibar dr segala yg berlaku
Teruskan menulis :-D tanamkan kebaikan dalam diri siapa sahaja menerusi penulisan :-D
ReplyDeleteSalam Ramadhan 2 my blog follower Lawatilah creativesifu.blogspot.com :-D dapatkan HaDiaH RaMaDHaN.. PERCUMA! 48 Aktiviti & Permainan Usrah :-D
Salaam, saya ingin melantik anda menjadi ejen bagi produk saya berkaitan aktiviti & permainan islami..
ReplyDeleteKomisyen ejen 30%-40%.
Sampel produk boleh dimuat turun secara percuma di
http://www.4shared.com/file/126105026/c5bc6234/25_Sample_-_Aktiviti_dan_Permainan_Kreatif_Islami.html
Jika berminat, hubungi saya
Bro Yusry 014-231 1856 / 019-632 0905 / yusryyusopp@gmail.com
Lawati creativesifu.blogspot.com
Bro Yusry @ CReaTiVe SiFu
'Merintis Revolusi Pembelajaran Islam Luar Dari Biasa!'