April 22, 2011

You become What You Think About, The chOICE iS yOURS!!

Mendapat pengalaman dan perkongsian daripada seorang Pengetua yang bergelar Pengetua cemerlang JUSA C, bukanlah sesuatu yang terfikir di kotak fikiran ini..

Namun, kelmarin..ketika mendengar seminar integriti nasional..saya dan rakan - rakan, telah berpeluang mendengar perkongsian daripada YM Tengku Azuan Tengku Mohamed. Seorang Pengetua JUSA C yang banyak pengalaman..

segala bait katanya sangat bersemangat..ternyata gelaran Pengetua Jusa C itu memang sesuai dengannya..pandangannya jauh, beliau seorang yang positif dan cekal bagi saya..

kerana mendengar segala pengalaman yang deceritakan..

beliaU bermula segala itu dan ini daripada beliau tidak tahu apa..zero..0

tp, beliau tidak menolak amanAt yang dipertanggungjawabkan padanya krn beliau sangat meminati bidang pendidikan..mejadi seorang pendidik..adalah impiannya..

say begitu kagum dengan semangatnya...

jauh dalam hati..aku mahu mengikut jejak kejayaannya..

mendidik anak2..dengan telus dan ikhlas..

ada beberapa tips motivasi daripada beliau yg say nak kongsikan d cni..

"The power of Attitude" , Attitude is everything- yang penting sikap kita..harus positif..sikap memainkan peranan utk mengerakkan kita.


Dan kata2 serta nasihat yang paling saya ingat ialah..

"Wherever u choose to go, go there with all ur heart"

sangat mendalam maknanya..

saya kaitkan kata2 ini ngan semua perkara yang saya buat..

dlm belajar, dakwah, all da things around me..

i must do IT WITH ALL MY HEART..

IT'S mean ikhlas..

ya..itulah jwpnnya!

April 20, 2011

PENTINGkan yang PENTING


Assalamualaikum kawan2...

harini sy ada dpt perkongsian daripada seorang Pensyarah sains saya.Dia seorang yang berdedikasi dan komited dgn amanah yang dipertanggungjawabkn pdnya...

Kalau dia masuk kelas..dia pasti akan berkongsi kata - kata motivasi dengan kami saya dan kwn2 kelas yg lain..

jadi..saya nak berkongsi sesuatu ttg apa yg diperkatakn oleh pensyarah sy pg td..

katanya..

kita kena PENTINGkan yang PENTING..

maksudnya kt sini...

kena kena lakukan dan selesaikan sesuatu kerja yang penting dahulu sebelum kita melaksanakan kerja yang kurang penting..

huhu..abis, mcm mana dgn keadaan sy yg tengah menulis kt blog ni? ini penting ke?


mm...bg sy penting..sbb..mgkn perkongsian sy ni akan membantu seseorng yg tengah kebuntuan..mane tahu kn....skadar peringatan buat semua..

bukankah peringatan itu bermanfaat..cthnya dlm surah...

Al-A'la, ayat 9....oleh sebab itu berikanlah peringatan, kerana peringatan it bermanfaat..

insyaAllah, mari kita PENTINGkan yang penting dulu..then, baru kita relax2 k..


orait, all da best utk semua..salam=)!!

April 06, 2011

BPA ubah lelaki jadi wanita


Salam semua..ape khabar??
harap semua sehat..


lame rasanya tak mencoret sesuatu dalam blog ni..

agk bz sebab tengah berpraktikum...
praktikum pertama, jadi banyak perkara baru yang perlu dibereskan..

walaupu begitu..kat sini nak kongsi seustu yang telah dibaca pd blog seseorg..

terkejut gak..

tapi kawan2 baca la dulu ya..=)




KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan




AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.
Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.
Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.
“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.
“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.
“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.
BPA
Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.
“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.
“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.
Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.
Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.
Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.
“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.
“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.
“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.
“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.
Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.

AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.




“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.
“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.
“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.
“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.
Klorin
Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.
Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.
Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.
Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.
“Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Jurnal.
Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.
Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.
Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.
Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...